Kita hanya boleh merancang. Tetapi kadang-kala apa yang berlaku tidak pula mengikut apa yang telah dirancangkan.


Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dengan jadual yang tidak menentu, anda pasti sudah faham benar dengan keadaan berikut. Satu panggilan telefon penting dari keluarga boleh menyebabkan anda terpaksa membatalkan percutian atau memendekkan percutian anda sekiranya anda sudahpun memulakan perjalanan anda. Ada kalanya pula kecemasan yang menimpa ahli keluarga juga boleh menyebabkan kita melakukan perkara yang sama.

Apabila kejadian seperti ini berlaku, keluarga sentiasa diutamakan. Segala perancangan percutian pula perlu dikorbankan. Pembatalan perjalanan atau pemendekan perjalanan pula menyebabkan kerugian wang ringgit yang tidak dapat dielakkan. Malah, dianggarkan 5-15% penumpang yang telah membuat tempahan tiket kapalterbang tidak muncul untuk penerbangan setiap tahun.

Kerugian bukan sahaja daripada kos tiket pengangkutan yang telah ditempah, tetapi juga kos penginapan (hotel), bayaran pendahuluan ejensi pelancongan, feri, sewa kereta, dan lain-lain lagi. Jadi apa yang boleh dilakukan? Adakah semuanya lesap begitu sahaja? Ada caranya.

Tetapi sebelum itu, sebagai permulaan, kita tengok dahulu cara-cara untuk mengurangkan risiko kewangan berpunca daripada pembatalan dan pemendekan perjalanan:

1. Fahami polisi pembatalan sebelum membuat tempahan

Sesetengah syarikat penerbangan, hotel, ejensi pelancongan dan penyewa kenderaan menawarkan polisi pembatalan tempahan yang lebih mesra pelanggan dan fleksibel. Jika anda biasa dengan portal hotel seperti Agoda.com, anda mungkin pernah melihat hotel-hotel yang memberikan pembatalan tanpa penalti, manakala hotel yang lain pula mengenakan pembayaran 100%. Jadi pertimbangkan faktor ini semasa membuat tempahan.

2. Buat tempahan seawal mungkin

Tempahan yang dibuat seawal mungkin memberikan ruang untuk penukaran jika perlu. Ingat, matlamat di sini adalah untuk mengurangkan risiko kerugian wang akibat pembatalan perjalanan atau pemindaan tempahan. Jadi dengan adanya ruang untuk membuat pindaan kepada tempahan asal, atau pun pembatalan terus, anda mungkin dapat elakkan daripada membayar penalti. Sesetengah hotel memberikan free cancellation atau pembatalan percuma jika dilakukan 48 hingga 24 jam sebelum tarikh pendaftaran masuk ke hotel.

3. Lindungi perjalanan anda dengan takaful perjalanan

Percaya atau tidak, sebenarnya takaful perjalanan melindungi anda daripada kerugian disebabkan pembatalan dan pemendekan perjalanan. Takaful perjalanan memberikan pampasan ke atas kerugian tersebut. Memandangkan kos takaful perjalanan yang rendah berbanding potensi risiko kerugian, maka wajarlah diberi perhatian dan pertimbangan terhadap takaful jenis ini. Terutama sekali kerana liputan perlindungan takaful perjalanan adalah sangat luas.

Pembatalan dan pemendekan perjalanan – perlunya takaful perjalanan

1. Kehilangan deposit atau pembatalan perjalanan

Takaful perjalanan memberi pampasan terhadap beberapa jenis kecemasan yang menyebabkan pembatalan perjalanan. Di antaranya: Kematian atau kemalangan ke atas diri sendiri atau ahli keluarga. Contohnya anda mungkin jatuh sakit beberapa hari atau beberapa jam sebelum penerbangan anda. Ataupun pasangan travel anda mungkin kemalangan ketika dalam perjalanannya ke lapangan terbang untuk berjumpa anda. Ada juga pelan takaful perjalanan yang membayar pampasan jika pembatalan di atas sebab kerosakan ke atas rumah anda. Seperti berlakunya kebakaran.


Anda perlu mengemukan resit-resit ke atas pembayaran yang telah dibuat untuk menuntut ke atas polisi takaful anda. Jadi pastikan segala dokumen dan resit disimpan.

Untuk memberi gambaran jumlah faedah pampasan yang boleh dituntut, kami tunjukkan 3 contoh di sini. 

Jumlah pampasan ke atas kerugian akibat kehilangan deposit/ pembatalan perjalanan oleh syarikat-syarikat tersebut:

Allianz Travel Care                      pampasan sehingga RM 20,000 seorang/ RM 50,000 sekeluarga

Tokio Marine Travel Partner     pampasan sehingga RM 20,000 seorang/ RM 60,000 sekeluarga

Ikhlas Kembara PLUS Takaful  pampasan sehingga RM 10,000 seorang/ RM 30,000 sekeluarga

2. Pemendekan perjalanan

Anda juga boleh menuntut jika berlakunya pemendekan perjalanan sekiranya kecemasan berlaku setelah perjalanan bermula. Contohnya jika anda jatuh sakit di negara asing dan perlu pulang ke negara asal untuk dapatkan rawatan. Atau berlakunya kematian ke atas ahli keluarga di tanahair.

Kerugian ke atas bilik hotel yang telah dibayar tetapi tidak didiami, atau tiket feri, tiket konsert dan sebagainya boleh dituntut daripada polisi takaful anda.

Jumlah pampasan ke atas kerugian akibat pemendekkan perjalanan oleh syarikat-syarikat tersebut:

Allianz Travel Care                       pampasan sehingga RM 20,000 seorang/ RM 50,000 sekeluarga

Tokio Marine Travel Partner     pampasan sehingga RM 20,000 seorang/ RM 60,000 sekeluarga

Ikhlas Kembara PLUS Takaful  pampasan sehingga RM 10,000 seorang/ RM 20,000 sekeluarga

 

Jika dilihat liputan perlindungan yang ditawarkan takaful perjalanan, mungkin tidak merugikan jika kita memberikannya perhatian yang sewajarnya. Selain itu, anda juga perlu menilai risiko perjalanan peribadi anda untuk membantu mengurangkan risiko yang mungkin berlaku. Sebagai contoh, risiko keracunan makanan ketika melancong ke negara-negara seperti India atau Bangladesh, ataupun risiko kecederaan jika bercuti di pergunungan alps untuk bermain ski.  

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang liputan takaful perjalanan, sila layari artikel di bawah:

Rakyat Malaysia Masih Memandang Ringan Insurans Perjalanan

Ikuti kami di laman Facebook kami untuk dapatkan lebih banyak lagi tip-tip travel dan faedah yang boleh didapati daripada takaful.

 

 

9,638 total views, 1 views today

Spread the love
  • 16
    Shares
  • 16
    Shares