Dengan pemansuhan tariff insurans kenderaan yang dilaksanakan pada bulan Julai tahun ini, ianya kini penting bagi pengguna untuk membandingkan harga insurans kenderaan. Ini adalah kerana harga yang dikenakan syarikat insurans mungkin berbeza-beza.

Dahulunya, harga insurans kenderaan dikawal oleh Bank Negara yang berpandukan struktur tariff berdasarkan saiz enjin kenderaan dan harga pasaran kenderaan. Tetapi kini harga ditetapkan oleh profil risiko pemandu atau pemilik polisi.

Baru-baru ini, seorang rakan kami di iBanding perlu memperbaharui polisi insurans keretanya yang hampir luput tarikh. Kami dengan segera ambil kesempatan ini untuk menyelidik harga yang dikenakan oleh syarikat-syarikat insurans dan Takaful untuk membuat perbandingan. Tujuannya kami ingin tahu bagaimana liberalisasi tariff telah pun mengubah harga insurans yang dikenakan terhadap pemandu di Malaysia.

Perbaharui insurans kenderaan anda di talian bersama iBanding

6 syarikat dibandingkan

Kami telah menggunakan portal di talian 6 syarikat di bawah untuk mendapatkan sebutharga polisi:

1. Syarikat Takaful Malaysia
2. Takaful Ikhlas
3. Berjaya Sompo
4. AXA Affin
5. Etiqa Insurance
6. AmGeneral / Kurnia

 

Subjek kajian

Kajian kami berdasarkan subjek tersebut:

  • Model kenderaan : MYVI SE ZHS
  • Tahun: 2014
  • Jantina: Lelaki
  • Taraf perkahwinan: Bujang
  • Bank pinjaman sewa beli : ~
  • Numbor kenderaan: ~
  • NCD: 30%
  • Jenis polisi: Polisi komprehensif

Dengan maklumat di atas, kami terus dapatkan harga pasaran bagi kereta tersebut di MyCarInfo yang memberi jumlah sebanyak: RM29,000.  

 

Maklumat yang diminta:

Kami dapati beberapa maklumat yang sebelum ini tidak diperlukan kini diminta setelah pelaksanaan liberalisasi tarif insurans kenderaan di laman web syarikat-syarikat yang kami selidik. Rajah di bawah menunjukkan maklumat yang diminta oleh setiap syarikat.

Tanda:
X – maklumat wajib

Nama syarikat insurans Etiqa Sykt Takaful Berjaya Sompo AXA Affin Takaful Ikhlas AmGeneral / Kurnia
Pekerjaan X   X X X X
Garaj   X X X X X
Ciri keselamatan   X X X X X
Sistem anti kecurian   X X X X X
Jenis impot   X X X X  
Pengalaman memandu X     X X  
Jumlah tuntutan X     X X  
Kesalahan besar trafik X   X X    
Syarikat insurans terdahulu X   X   X  
Varien kenderaan X         X
Jenis lesen memandu X     X    
Tujuan insurans       X    
No. pendaftaran kenderaan   X       X
Nombor enjin   X X      
Maklumat chasis   X     X  
Jumlah maklumay diperlukan 7 7 8 10 9 6

 

Keterangan:
Ciri keselamatan: Peralatan atau teknologi yang membantu dalam pencegahan kemalangan. Contoh seperti airbag, brek anti-lock (ABS), traction control, electronic stability control, tali pinggang keselamatan, sistem accident avoidance, monitor tekanan tayar dan telematik.

Anti kecurian: Sebarang peralatan yang mencegah atau mengesan akses terlarang pada kenderaan. Contohnya seperti, kunci gear, kunci pada stering, crook lock dan kunci pedal break.

 

Keputusannya: Perbandingan harga insurans kereta

Rajah di bawah menunjukkan sebutharga bagi premium insurans kereta rakan kami oleh 6 syarikat yang dibandingkan:

Syarikat insurans Etiqa Sykt Takaful Berjaya Sompo AXA Affin Takaful Ikhlas AmGeneral / Kurnia
Jumlah perlindungan RM 29,000 RM 29,000 RM 29,000 RM 29,000 RM 32,000
Harga insurans RM 1001.8 RM 1,101.98 RM 1,001.80 RM 1,001.80 RM 1187.78

*Kajian ini dilakukan di penghujung bulan Julai.

 

Keputusannya, walaupun dijangka, tetap memeranjatkan kami sedikit. Walaupun perubahan drastik yang serta merta tidak munasabah, kami tidak menjangka bahawa tiada perubahan langsung pada harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tersebut.

Hanya satu syarikat yang harganya sangat berbeza iaitu AmGeneral/ Kurnia, akan tetapi ini adalah berpunca daripada jumlah perlindungan yang lebih tinggi yang tidak dapat kami ubah.

Di penghujung artikel ini, kami menyertakan pengalaman kami semasa memperbaharui insurans dengan setiap syarikat yang kami senaraikan. Harapan kami agar ini dapat membantu pembaca kami membanding bukan sekadar harga tetapi juga kemudahan online platform syarikat-syarikat insurans dan Takaful yang dikaji.

 

Kesimpulan kajian kami

Fasa kedua liberalisasi tarif insurans kenderaan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia membolehkan syarikat insurans dan Takaful menetapkan harga bagi produk insurans masing-masing. Buat masa ini mungkin agak terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap perubahan yang dibawa oleh perlaksanaannya.

Syarikat insurans masing-masing masih mengambil langkah berhati-hati dalam melaraskan strategi harga mereka sementara memerhatikan langkah yang diambil oleh pesaing.

Ini masa yang kritikal bagi syarikat insurans dan Takaful. Perancangan yang terperinci diperlukan dalam menentukan harga baru bagi produk insurans agar tiada impak negatif terhadap keuntungan dan bahagian pasaran masing-masing.

Walaupun kesan pelaksanaan pemansuhan tarif buat masa ini masih di tahap minima, akan tetapi pengguna tetap akan merasai perubahannya kelak. Syarikat insurans sudah pun mula melancarkan produk baru yang inovatif untuk menarik minat pelanggan. Contohnya seperti AXA FlexiDrive yang diperkenalkan pada bulan Julai yang buat ulung kalinya, membawa insurans berteknologikan telematik ke negara ini.

Pengguna perlu bersedia menghadapi perubahan. Sikap tidak apa terhadapnya mungkin akan menyebabkan pengguna bukan sahaja dikenakan harga yang lebih tinggu bagi polisi insurans kenderaan mereka, tetapi juga pengguna mungkin terbeli polisi tambahan yang tidak diperlukan yang lebih mahal. Pengguna perlu menyedari bagaimana profil risiko masing-masing memberi kesan kepada harga polisi insurans mereka serta produk yang mereka perlukan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang liberalisasi tarif insurans kenderaan, baca di sini.

 

   Perbandingan Pengalaman Pengguna

 

Kami menggunakan portal online 6 syarikat insurans dan Takaful untuk mendapatkan sebutharga bagi pembaharuan polisi kami. Di sini kami buat ulasan pengalaman kami bagi setiap satu syarikat. 

1. Etiqa

Pada mulanya Etiqa hanya menanyakan maklumat asas sahaja seperti di bawah. Tetapi sebaik sahaja kami klik “get a quote” (dapatkan sebutharga), kami perlu memasukkan maklumat terperinci. Apa yang wajar disebutkan di sini, Etiqa tidak meminta maklumat tentang garaj, ciri keselamatan dan sistem anti kecurian. Walau bagaimanapun, Etiqa meminta maklumat-maklumat yang tidak diminta oleh syarikat lain seperti varien kenderaan, jenis lesen memandu dan nombor pendaftaran.

Kami tidak dapat sebutharga oleh Etiqa, sebaliknya kami mendapat mesej: “NCD confirmation is unavailable as confirmation already been taken earlier. Make sure no duplicate confirmation request, if not the confirmation already taken by another insurance / Takaful company”. Malangnya kami tidak dapat meneruskan proses pembaharuan polisi bersama Etiqa. Dan kerana itu, kami terpaksa menolak satu bintang dari pengalaman kami bersama Etiqa.

 

 

Jumlah maklumat diperlukan: 7
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(4 daripada 5 bintang)

 

2. Syarikat Takaful Malaysia

Proses pembaharuan polisi dengan Syarikat Takaful Malaysia senang sekali kerana mereka menggunakan platform online mereka tersendiri yang ringkas dan cepat. Pengguna boleh mendapatkan sebutharga serta merta dengan skrin pertama seperti di bawah.

Takaful Malaysia tidak meminta banyak maklumat. Mereka juga tidak meminta maklumat seperti pekerjaan, pengalaman memandu, kesalahan trafik, iaitu maklumat-maklumat yang berkenaan dengan profil risiko.

 

Skrin pertama di laman Syarikat Takaful Malaysia untuk dapatkan sebutharga.

 

Jumlah maklumat diperlukan: 7
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(5 daripada 5 bintang)

 

3. Berjaya Sompo

Proses pembaharuan polisi bersama Berjaya Sompo di talian satu proses yang panjang. Kami terpaksa memasukkan segala maklumat sendiri secara manual. Berjaya Sompo memerlukan 8 maklumat.

 

Skrin pertama di portal online Berjaya Sompo.

 

Jumlah maklumat diperlukan: 8
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(3 daripada 5 bintang)

 

4. AXA Affin

Proses Axa Affin kelihatan amat ringkas. Dengan hanya beberapa soalan kami sudahpun dapat sebutharga polisi. Tapi lain pula apabila kami cuba membeli polisi ini. Kerana sebaik sahaja kami cuba teruskan untuk membaharui polisi setelah mendapat sebutharga itu, kami ditanya pula beberapa soalan lagi dan diberi harga berbeza.

Berbanding syarikat lain, Axa Affin meminta paling banyak maklumat daripada pelanggan. Proses keseluruhannya amat panjang dan remeh.

 

motor insurance prices

Skrin pertama portal online Axa Affin

 

Jumlah maklumat diperlukan: 10
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(2 daripada 5 bintang)

 

5. Takaful Ikhlas

Proses mendapatkan sebutharga/ memperbaharui polisi melalui portal Takaful Ikhlas adalah sama dengan Berjaya Sompo. Ini kerana kedua-dua syarikat ini menggunakan portal yang sama.

Takaful Ikhlas meminta maklumat seperti nombor chasis yang tidak diminta syarikat lain kecuali Syarikat Takaful Malaysia. Prosesnya secara keseluruhan, panjang dan remeh.

 

motor insurance prices

Proses untuk memperbaharui/ membeli polisi kenderaan dari Takaful Ikhlas.

 

Jumlah maklumat diperlukan: 9
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(3 daripada 5 bintang)

 

6. AmGeneral/Kurnia

Proses kami lalui dengan AmGeneral/Kurnia sangat mudah. AmGeneral/Kurnia meminta hanya 6 maklumat kerana kebanyakan maklumat lain didapati secara otomatik berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Walau bagaimanapun, kami mengalami kesulitan sistem, mesej yang kami terima adalah:  “Could not complete the request. Please retry, reason undefined”.

 

motor insurance prices

Mesej kesulitan yang kami terima.

 

Kami periksa segala maklumat yang kami berikan tetapi tiada kesilapan yang kami temui. Kami cuba sekali lagi dan kali ini berjaya! Tetapi kerana kesulitan ini, kami terpaksa menolak satu bintang.

Satu lagi kelemahan yang kami dapati di sini ialah di mana kami tidak dapat mengubah jumlah perlindungan seperti di portal syarikat lain. Tolak satu lagi bintang.

 

Skrin pertama portal insurans motor AmGeneral/ Kurnia

 

Jumlah maklumat diperlukan: 6
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(3 daripada 5 bintang)

84,374 total views, 321 views today

Spread the love
  • 62
    Shares
  • 62
    Shares