Ada beberapa sebab yang boleh membuatkan seseorang ingin membatalkan polisi takafulnya. Termasuklah desakan situasi kewangan ataupun polisi yang sudah tidak sesuai dengan perubahan kondisi medical seseorang. Tapi sebelum membatalkan apa-apa polisi takaful, ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan.

Pembatalan polisi takaful, apa yang perlu anda tahu:

1. Cara untuk membatalkan polisi

Ada 2 cara untuk batalkan polisi anda. Cara pertama ialah cara yang kami galakkan. Iaitu dengan memberitahu secara formal kepada ejen atau syarikat takaful anda. Tanya jika ada langkah tertentu yang perlu anda ambil, seperti mengisi borang rasmi. Pastikan anda terima surat pembatalan dari syarikat takaful anda dan simpan semua dokumen dengan selamat.

Satu lagi cara yang boleh membatalkan polisi anda ialah jika anda biarkannya lupus (lapse) dengan mengabaikan pembayaran premium anda. Tapi hati-hati, cara ini boleh menjejaskan rekod anda di mana anda mungkin akan hadapi masalah di masa hadapan jika anda ingin mohon polisi lain.

 

Hubungi ejen anda dan sampaikan niat anda untuk batalkan polisi takaful.

 

2. Pastikan anda ada pilihan yang lebih baik

Jika anda ingin membatalkan polisi anda untuk satu polisi yang lebih baik atau menyeluruh, pastikan anda sudah pun kenalpasti polisi baru yang hendak dibeli. Selidik produk lain yang ditawarkan di pasaran dan buat bandingan. Jangan tergesa-gesa untuk batalkan polisi anda. Sayang sekali jika anda batal yang lama kemudian dapat tahu bahawa yang polisi yang baru banyak kekurangannya atau sama saja dengan yang lama.

Akan tetapi, ada jenis-jenis polisi di mana anda diberi masa 15-30 hari untuk mencuba polisi yang baru dibeli. Ianya dipanggil “free look period”. Jika anda merasakan polisi anda tidak bersesuaian atau anda sedar bahawa anda telah melakukan kesilapan, anda tetap boleh batalkan tanpa sebarang kos pada anda.

Jika anda membatalkan polisi anda kerana ingin upgrade atau naiktaraf polisi anda, kami nasihatkan anda agar berbincang dahulu dengan ejen anda. Kerana ejen anda mungkin boleh mencadangkan alternatif lain selain membatalkan polisi sedia ada, seperti menambahkan perlindungan yang anda kehendaki ke dalam polisi anda.

 

3. Pastikan tiada jurang

Jurang yang dimaksudkan ialah jurang di mana anda tidak mempunyai apa-apa pelan perlindungan setelah terbatalnya polisi lama anda. Jadi sebelum batalkan polisi lama, pastikan anda telah pun mempunyai polisi yang baru. Malang tidak berbau, jadi jangan ambil risiko walaupun untuk beberapa hari atau minggu.

 

pembatalan polisi takaful

Waspada jurang!

 

4. Bagaimana dengan penalti?

Ini antara sebab mengapa anda perlu hubungi ejen anda sebelum membatalkan polisi takaful. Anda perlu bertanyakan jika anda akan dikenakan penalti jika anda batalkan polisi sebelum tempoh tamatnya. Pastikan ejen anda terangkan dengan jelas jika ada cara untuk membatalkan tanpa penalti, atau jika ada alternatif lain yang boleh diambil. Juga tanyakan pada ejen anda jika premium yang tidak diguna akan dipulangkan kepada anda.

 

pembatalan polisi takaful

Adakah penalti akan dikenakan?

 

5. Benarkah ianya telah dibatalkan?

Jangan ambil ringan perkara ini. Setelah anda batalkan polisi anda, follow-up sekali lagi dengan syarikat takaful anda untuk pastikan ianya betul-betul telah batal. Kadang kala akan terdapat salah faham antara ejen dan pihak syarikat takaful. Jika anda amalkan auto-debit untuk bayaran premium, pastikan anda batak arahan auto-debit anda.

 

pembatalan polisi takaful

Pastikan ianya telah betul-betul dibatalkan.

 

6. Adakah ianya langkah yang bijak?

Ini perkara yang paling penting yang perlu anda ketahui sebelum membuat pembatalan polisi, terutama sekali jika anda ingin membatalkan polisi perubatan atau hayat.

Polisi perubatan: Jika anda membatalkan polisi perubatan, ketahui bahawa umur anda telah meningkat sejak anda membeli polisi anda. Ini bukan satu-satunya perubahan anda, kesihatan anda juga mungkin telah berubah. Dan kerana premium polisi takaful perubatan dikira mengikut faktor umur dan kondisi kesihatan anda, polisi baru anda berkemungkinan besar akan menjadi lebih mahal.

Ketika anda ingin memohon polisi perubatan baru, syarikat takaful akan menilai semula keadaan kesihatan anda. Jika anda telah menghidap dengan penyakit baru, syarikat takaful mungkin akan kecualikan penyakit ini dari pelan perlindungan anda. Jika anda bernasib baik, syarikat tidak akan melakukan sedemikian akan tetapi mereka akan menaikkan harga premium anda.

Polisi hayat: Sebahagian besar dari premium anda bagi beberapa tahun pertama digunakan untuk membayar komisen ejen anda. Jadi jika anda membatalkan polisi hayat anda untuk membeli polisi hayat yang lain, ketahui bahawa anda bukan sahaja perlu membayar premium yang lebih tinggi kerana peningkatan umur dan perubahan keadaan kesihatan tetapi anda juga perlu mengulangi proses di mana anda perlu membayar komisen ejen anda sekali lagi.

 

Berbalaikah membuat pembatalan polisi takaful?

 

Jika anda perlukan nasihat tentang polisi takaful yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan kewangan anda, pastikan anda dapatkan khidmat nasihat ejen yang dipercayai di direktori ejen insurans dan takaful iBanding.