Dalam Panduan Insurans Kereta Terunggul 2019 ini, kami akan tunjukkan kepada anda di mana anda boleh membeli insurans kereta di Malaysia dan memberikan anda harga dan servis terbaik secara atas talian.

Malaysia mempunyai lebih 20 syarikat insurans dan takaful yang menjual insurans kereta atau motosikal, dan ia bukanlah mudah untuk mencari mana satu yang terbaik. Kebiasaannya, anda akan membeli insurans dan cukai jalan kenderaan daripada ejen insurans. Namun sejak Pentarifan Semula Kenderaan pada Julai 2017, syarikat insurans telah mula menjual insurans kereta secara atas talian.

Bila anda membeli secara atas talian, khidmat pelanggan sangat penting!

Kini memang mudah bagi orang ramai untuk berada di atas talian dan membeli insurans kereta dengan hanya satu klik. Kelebihan yang ketara apabila anda membeli di atas talian adalah kebanyakan syarikat akan memberikan anda diskaun harga sebanyak 10%. Namun awas bila anda membeli insurans secara atas talian, adalah sangat penting bagi sesuatu syarikat untuk menyediakan khidmat pelanggan yang cemerlang kerana dalam keadaan ini tiada ejen insurans yang boleh membantu anda.

Di bawah ini adalah senarai lengkap bagi 10 syarikat insurans paling popular yang menyediakan insurans secara atas talian dengan diskaun sehingga 30%. Jika anda sedang mencari syarikat Takaful Kereta, sila pergi ke Panduan Takaful Kereta Terunggul 2019 kami.

Penilaian Syarikat Insurans Malaysia yang menjual insurans kereta secara atas talian

#CompanyCustomer Service LevelUser Reviews RatingsWebpage friendlinessSpecial Discount
1AXA Affin
Buy Online

5 stars

234 reviews
VERY EASYup to 30% discount
2Tokio Marine
Buy Online

5 stars

245 reviews
VERY EASY10% discount here
3Etiqa General Insurance
Buy Online

5 stars

2,516 reviews
VERY EASY10% discount here
4Allianz General
Buy Online

5 stars

916 Reviews
VERY EASY-
5Berjaya Sompo
Buy Online

3 stars

166 reviews
VERY EASY10% discount here
6MSIG Malaysia
Buy Online

5 stars

175 reviews
EASY10% discount here
7AmGeneral & Kurnia
Buy Online

4 stars

510 reviews
EASY-
8Tune Insurance
Buy Online

4 stars

91 reviews
EASY10% discount here
9AIG Malaysia
Buy Online

3 stars

220 reviews
EASY10% discount here
10Liberty Insurance
Buy Online

3 stars

286 reviews
HARD10% discount here

Penilaian Laman Web Individu (Turutan Terbalik)

10. Membeli insurans kereta daripada Liberty Insurance

Liberty Insurance mendapat tempat ke-sepuluh dalam Anugerah Insurans Kenderaan 2019. Pada tahun sebelumnya, syarikat ini mendapat tempat ke-enam. Laman webnya adalah antara laman web yang paling sukar untuk membeli insurans kereta di Malaysia secara atas talian. Ia menggunakan sistem yang sama dengan Takaful Ikhlas. Malah kami yang sudah biasa dengan insurans dan sistem IT yang berbeza-beza juga menghadapi kesukaran dalam menggunakannya.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #17
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 3 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: Sukar
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

9. Membeli insurans kereta daripada AIG Malaysia

AIG Malaysia adalah salah satu syarikat baru yang menawarkan insurans kereta secara atas talian. Laman webnya mudah, tetapi memerlukan maklumat yang lebih terperinci berbanding laman-laman web lain seperti Etiqa atau Takaful Malaysia. Anda perlu memberikan 10 jenis maklumat sebelum anda ditunjukkan harganya. AIG Malaysia mendapat tempat ke-14 dalam Survei Insurans Kenderaan 2019. Sama seperti kebanyakan syarikat insurans yang lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan di laman web AIG.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #14
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 3 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna:  3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: MUDAH
  • Cukai Jalan: Tidak
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

8. Tune Insurance

Tune Insurance adalah syarikat insurans yang dikendalikan oleh AirAsia. AirAsia terkenal dengan tiket penerbangan yang murah dan berpatutan. Namun tidak ramai yang tahu yang mereka juga menjual insurans kereta. Tune adalah syarikat yang kecil berbanding syarikat-syarikat besar seperti Allianz dan AmGeneral/Kurnia. Pada tahun ini Tune mendapat tempat ke-9 dalam Survei Insurans Kenderaan 2019. Insurans kereta Tune digelar sebagai “Tune Melindungi Kenderaan Dengan Mudah”.

Membeli insurans kereta secara atas talian daripada Tune Insurance adalah MUDAH. Anda hanya perlu sediakan IC, nombor pendaftaran kereta serta tempat untuk digunakan dan anda akan dapat tahu kos insurans kereta tersebut. Dalam langkah seterusnya, anda boleh memilih beberapa perlindungan lain seperti cermin depan, pihak ketiga dan lain-lain.

Sama seperti syarikat insurans yang lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan di laman web Tune. Untuk membeli cukai jalan, anda perlu pergi ke pejabat Pos Malaysia atau membelinya secara atas talian daripada MyEG.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #9
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 4 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

7. Membeli insurans kereta daripada Kurnia / AmGeneral Insurance

Kurnia / AmGeneral mendapat tempat ke-6 dalam Survei Insurans Kenderaan 2019, menjadikannya berada di tengah-tengah dalam syarikat-syarkat insurans kenderaan yang disenaraikan di Malaysia. AmGeneral Insurance membeli Kurnia pada tahun 2012, sebab itulah kadang-kadang kita nampak kedua-dua nama tersebut digunakan. Bagaimanapun, syarikat tersebut lebih kerap mengiklankan Kurnia di Malaysia. Kurnia menawarkan dua jenis insurans kereta yang komprehensif:

  • Private Motor Comprehensive
  • Auto 365 Comprehensive Premier

Kami telah menilai laman web membeli kereta insurannya, dan ianya memang mudah. Sesiapapun yang faham bagaimana Internet berfungsi secara umum dan mempunyai beberapa maklumat tentang kenderaan mereka mampu melakukannya.

Satu kelebihan yang ketara apabila membeli dengan Kurnia ialah anda boleh membeli cukai jalan anda bersama-sama insurans kereta anda! Kini, Kurnia adalah antara syarikat yang menawarkan cukai jalan secara atas talian dan syarikat sebegini tidak banyak.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #6
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 4 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: MUDAH
  • Cukai Jalan: Ya

6. MSIG Malaysia

MSIG Malaysia mendapat tempat ke-5 dalam Survei Insurans Kenderaan 2019. Ini adalah pencapaian yang baik kerana Malaysia mempunyai lebih 20 syarikat insurans di dalamnya.

Portal webnya mudah untuk digunakan, bagaimanapun ia tidak semudah Takaful Malaysia atau Etiqa. Namun anda boleh mendapatkan harga malah memperbaharui insurans anda dalam hanya beberapa minit. Keburukannya, sekali lagi anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan anda di sini.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #5
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

5. Berjaya Sompo

Baru-baru ini Berjaya Sompo telah memperkasakan laman web mereka dan kini membeli insurans kereta secara atas talian daripada Berjaya Sompo Insurance adalah sangat mudah. Anda hanya perlu menyediakan empat butiran, Nombor IC, Nombor Poskod, Nombor Kenderaan dan alamat emel anda dan anda akan dapat tahu kos insurans tersebut. Tambahan pula, Berjaya adalah salah satu syarikat yang menawarkan insurans khas untuk pemandu Grab, dan syarikat sebegini tidak banyak. Perlindungan insurans tambahan yang anda perlu pilih adalah E-Hailing.

Sama seperti kebanyakan syarikat insurans yang lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan di laman web Berjaya Sompo. Untuk membeli cukai jalan, anda perlu pergi ke pejabat Pos Malaysia atau membelinya secara atas talian daripada MyEG.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #16
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 3 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Protection for GRAB drivers: Ya
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

4. Membeli insurans kereta daripada Allianz General

Allianz General adalah syarikat insurans kereta yang terbesar di Malaysia. Ia adalah syarikat terkini yang baru dibangunkan dan menawarkan insurans kereta secara atas talian kepada pelanggannya. Laman webnya mudah, dan anda boleh dapatkan sebutharga dengan pantas. Pada tahun 2016/17, Allianz General telah memenangi Anugerah Insurans Kenderaan sebagai Syarikat Terbaik. Sejak dari itu ia kekal terbaik sebagai syarikat insurans dengan servis 5-bintang. Pada tahun 2019, Allianz General mendapat tempat ke-4.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #4
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 4 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada

3. Membeli insurans kereta daripada Etiqa Malaysia

Etiqa telah memenangi penilaian terbaik dalam Survei Insurans Kenderaan 2017/2018 dalam kedua-dua kategori insurans takaful dan konvensional. Pada tahun ini Etiqa General Insurance mendapat tempat ke-2. Etiqa adalah salah satu syarikat terawal yang menawarkan insurans kereta secara atas talian kepada rakyat Malaysia. Apabila anda memberli insurans kereta secara atas talian di Malaysia daripada Etiqa, anda tidak akan mengalami kesukaran. Dengan portal web Etiqa, ia mudah untuk menyemak harga insurans kenderaan. Anda hanya perlu mengisi enam maklumat berikut.

  1. Nama
  2. Nombor Pendaftaran
  3. Nombor IC
  4. Poskod
  5. Alamat Emel
  6. Nombor Telefon

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #2
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 4 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

2. Tokio Marine

Tokio Marine telah memenangi Anugerah Insurans Kenderaan 2019 sebagai syarikat insurans kereta terbaik di Malaysia. Untuk mendapatkan sebutharga anda hanya perlu menyediakan 8 maklumat kepada laman webnya, oleh itu ia mudah dan pantas. Tokio Marine adalah sala satu daripada 5 syarikat yang anda boleh cuba untuk membeli insurans kereta secara atas talian dalam hanya 5 minit.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #1 Winner
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 4 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

1. Membeli insurans kereta daripada AXA Affin General Insurance

AXA Affin adalah salah satu syarikat insurans kereta terbaik di Malaysia. Ia mempunyai penilaian pelanggan 5-bintang dan mendapat tempat ke-3 sebagai Syarikat Terbaik dalam Survei Insurans Kenderaan 2019. Produk insurans kereta yang ditawarkan dikenali sebagai Kereta Persendirian Yang Dinaiktarafkan Dengan SmartDrive. Buat masa ini hanya syarikat AXA sahaja yang menyediakan telematik untuk insurans kereta di Malaysia supaya anda dapat lebih penjimatan untuk insurans anda. Dengan telematik, anda berpeluang untuk jimat sebanyak 20% untuk insurans anda jika anda merupakan seorang pemandu berhemah. Produk AXA dikenali sebagai AXA FlexiDrive. Ia adalah penambahan kepada pelan insurans kenderaan.

Apa itu telematik? Telematik adalah kaedah untuk mengawasi kelakuan kenderaan dan pemandu. Dalam kes ini, syarikat insurans akan memasang satu peranti kecil dalam kenderaan tersebut dan membolehkan penjejakan dan pengawasan terhadap penggunaan kenderaan dan tingkah laku pemandu. Berikut adalah kelebihan daripada laman web AXA:

  • Bonus Pemanduan Selamat Sehingga 20%
  • Diskaun atas talian 10%
  • Ciri-ciri Keselamatan Yang Dipertingkatkan
  • Keselamatan Kenderaan 24/7 & Pengambilan Semula Daripada Kecurian
  • Komunikasi Yang Bijak Untuk Kenderaan Anda

Untuk membeli insurans kereta secara atas talian di Malaysia daripada AXA adalah mudah. Anda hanya perlu menyediakan maklumat berikut untuk melihat berapa kos insurans kereta anda dengan segera:

  • Nombor Kenderaan
  • Nama anda
  • Nombor IC
  • Lokasi Kenderaan seperti di sebelah Barat atau Timur Malaysia
  • Nombor Telefon
  • Alamat emel

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #1 Winner
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 4 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian sehingga 30%

Summary Online Car Insurance Malaysia:

  1. AXA Affin – AXA SmartDrive and AXA FlexiDrive Car Insurance
  2. Tokio Marine – Tokio Now Car Insurance
  3. Etiqa – MyEtiqa Car Insurance & Takaful
  4. Allianz General – Motor Comprehensive
  5. Berjaya Sompo – SOMPO Motor
  6. MSIG – Car Insurance
  7. AmGeneral & Kurnia – Private Car Comprehensive, Auto 365 Comprehensive Premier
  8. Tune Protect – Tune Protect Motor Easy
  9. AIG Malaysia – AIG Car Insurance
  10. Liberty – Car Insurance

16,022 total views, 104 views today

Spread the love