Panduan Lengkap Kad Perubatan Di Malaysia

panduan kad perubatan

Insurans perubatan adalah insurans yang dianggap paling penting dalam banyak-banyak jenis insurans yang terdapat di Malaysia. Penyakit dan kecelakaan tidak mengenal mangsa, dan apabila ianya berlaku, seseorang itu wajar mendapatkan bantuan perubatan yang sewajarnya.

Di sinilah pentingnya insurans perubatan. Dengan kos perubatan yang semakin meningkat, insurans dapat meringankan beban mangsa dengan menanggung sebahagian atau kesemua perbelanjaan perubatannya.

Akan tetapi pengguna perlu memahami jenis-jenis serta konsep kad perubatan (iaitu yang diberikan oleh pelan perubatan) sebelum mendapatkannya agar dapat membuat pilihan yang terbaik untuk keperluan diri serta keluarga.

Di sini kami berikan gambaran keseluruhan mengenai jenis insurans perubatan di Malaysia.  Dan kami membahagikan insurans perubatan/ kad perubatan kepada 3 kategori:

  1. Pembaharuan terjamin
  2. Insurans perubatan tiada jaminan pembaharuan
  3. Insurans perubatan sebagai tambahan kepada polisi sedia ada (Rider)

Kad Perubatan Standalone Dengan Pembaharuan Terjamin

Berikut adalah senarai kad perubatan di Malaysia yang menyediakan perlindungan perubatan jenis standalone (iaitu jenis pelan perubatan bersendirian). Jika anda hanya ingin mendapatkan insurans yang akan menanggung perbelanjaan hospital atau lawatan ke doktor, produk tersenarai di bawah adalah di antara yang termurah berbanding dengan kad perubatan yang digabungkan bersama dengan insurans hayat atau pelan berkaitan pelaburan.

Pembaharuan Terjamin

Semua kad perubatan di bawah adalah jenis pelan yang dijamin pembaharuan. Ini bererti sekiranya anda telah pernah membuat tuntutan terhadap pelan perubatan anda, syarikat insurans yang sama menjamin pembaharuan pelan anda untuk tempoh akan datang.

AXA eMedic adalah kad perubatan jenis standalone pertama di Malaysia yang  ditawarkan di dalam talian tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan.

  • Pembaharuan terjamin
  • Tiada had seumur hidup
  • Kad perubatan dengan premium terendah di Malaysia

LogoCompany NameUser ReviewsProduct NamePanel Hospitals
Axa Affin Life
Buy Online Now
+RM50 Cashback

(233 reviews)
eMedic108
Takaful Malaysia
Find an Agent

(505 reviews)
myClick Medicare273
Tokio Marine
Find an Agent

(248 reviews)
Medic Partner132
Tokio Marine
Find an Agent

(248 reviews)
Premier Medic Partner132
AIA Malaysia
Find an Agent

(275 reviews)
A-Life Med Regular121
Manulife
Find an Agent
not enough reviews to rateManuMedic102

Kad perubatan Standalone Tiada Jaminan Pembaharuan

Kad perubatan di bawah pula adalah jenis kad perubatan standalone yang tiada jaminan pembaharuan. Pada kebiasaannya, kad perubatan ini lebih murah berbanding polisi yang dijamin pembaharuan. Tetapi anda menanggung risiko pembaharuan ditolak sekiranya tuntutan pernah dilakukan terhadap polisi anda.

LogoCompany NameUser ReviewsProductLinksPanel Hospitals
AIA Malaysia
Find an Agent

(275 reviews)
A-Plus Medwebpage | Brochure121
View Ranking
Great Eastern
Find an Agent
Not enough reviews to rate
(4 reviews)
MediCare 2webpage | Brochure91
View Ranking
Zurich
Find an Agent

(215 reviews)
MedicaGen 200webpage | Brochure | Product Sheet103
View Ranking
Zurich
Find an Agent

(215 reviews)
MediLovewebpage | Brochure | Product Sheet103
View Ranking
Zurich
Find an Agent

(215 reviews)
OmniHealthwebpage | Brochure103
View Ranking

Kad Perubatan sebagai Tambahan kepada Polisi Sedia Ada (Rider)

Di bawah adalah senarai pelan perubatan jenis rider, iaitu pelan perubatan sebagai tambahan kepada pelan utama. Pelan perubatan jenis ini tidak boleh dibeli secara bersendirian. Pada kebiasaannya, ianya digabungkan bersama polisi berkaitan pelaburan atau insurans hayat.

Sekiranya anda sudah memiliki polisi berkaitan pelaburan atau insurans hayat, anda boleh mendapatkan perlindungan perubatan dengan menambahkannya ke atas pelan asal anda. Ini dapat menjamin harga yang lebih rendah bagi perlindungan perubatan anda.

Untuk keterangan kebih lanjut mengenai perbezaan pelan rider dan standalone, rujuk infografik di pautan ini.

LogoCompanyUser reviewsRider NameLife BaseLinksPanel Hospitals
Prudential
Find an Agent

(137 reviews)
PRUvalue medPruwith youwebpage92
View Ranking
Allianz
Find an Agent

(916 reviews)
MediSafe InfiniteInvestment-linkedwebpage | Brochurecoming soon
Tokio Marine
Find an Agent

(248 reviews)
iHealth+iLifeSecurewebpage | Brochure132
View Ranking
Zurich
Find an Agent

(215 reviews)
Flex MedicalInvestment-linkedwebpage | Brochure103
View Ranking
Etiqa
Find an Agent

(2514 reviews)
Medical PlusEnrich Life Plan
Triple Lifestyle Protector
webpage | Brochure128
View Ranking
Etiqa
Find an Agent

(2514 reviews)
Elite Medical PlusElitelinkwebpage | Brochure128
View Ranking
Great Eastern Life
Find an Agent
Not enough reviews to rate
(4 reviews)
SmartMedic (Enhancer)Investment-linkedwebpage | Brochure91
View Ranking

Apakah itu kad perubatan?

Kad perubatan adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans ataupun pengendali takaful anda apabila anda membeli pelan perubatan. Kad ini membolehkan anda untuk menerima rawatan perubatan di hospital-hospital yang tersenarai sebagai hospital panel syarikat insurans anda. Perbelanjaan perubatan akan dibayar oleh syarikat insurans anda selagi jenis rawatan terkandung di dalam liputan pelan perubatan anda.

Jenis-jenis Kad Perubatan

Kad Perubatan Standalone 

Kad perubatan standalone adalah pelan perubatan yang boleh dibeli secara berasingan tanpa apa-apa pelan lain. Ini bererti anda hanya akan mendapat manfaat perubatan daripada kad perubatan jenis ini. Perlindungan untuk kad perubatan standalone adalah komprehensif. Di antara manfaatnya adalah kos pembedahan, bilik dan penginapan hospital, teater pembedahan, elaun hospital, penyakit kritikal, kos perunding pakar dan sebagainya.

Tempoh polisi: Ianua merupakan pelan tahunan yang perlu diperbaharui setiap tahun. Pembaharuan biasanya tidak dijamin, walau tetapi, sudah banyak syarikat kini yang menyediakan kad perubatan standalone yang terjamin pembaharuannya. Jadi pastikan anda periksa sebelum membuat pilihan.

Premium: Premium (harga) dibayar hanya untuk manfaat perubatan semata-mata maka harganya lebih rendah berbanding pelan rider (di bawah). Walau bagaimanapun, kadar premium tidak tetap, sebaliknya ia akan meningkat mengikut umur pemegang polisi. Syarikat insurans juga akan menaikkan kadar dari semasa ke semasa mengikut kenaikan kadar inflasi perubatan.

Kad Perubatan Rider

Pelan perubatan juga boleh ditawarkan sebagai perlindungan tambahan kepada pelan utama (produk asas) seperti pelan hayat dan pelan berkaitan pelaburan. Di dalam pelan jenis ini, manfaat perlindungan perubatan tidak boleh dibeli secara berasingan. Di sini, pemegang polisi bukan sahaja akan menerima perlindungan perubatan tetapi juga insurans hayat serta simpanan (nilai tunai).

Tempoh polisi: Tempoh liputan untuk pelan jenis ini boleh berkuatkuasa sehingga usia 80, 90 hingga 100 tahun bergantung kepada produk yang ditawarkan.

Premium: Harga pelan adalah lebih tinggi berbanding pelan standalone kerana anda bukan sahaja membayar untuk perlindungan perubatan tetapi juga insurans hayat serta pelaburan. Premium adalah tetap mengikut usia pemegang polisi ketika memasuki pelan pada asalnya. Peningkatan kecil terhadap kadar premium mungkin berlaku disebabkan oleh peningkatan inflasi perubatan.

Nilai tunai: Oleh kerana terdapatnya pelan pelaburan, pelan ini akan menjana nilai tunai. Nilai ini akan berkembang dari masa ke masa dan bergantung kepada produk, pemegang polisi boleh mengeluarkan jumlah nilai tunai ini pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan di antara kedua-dua jenis pelan ini, rujuk infografik ini.

Lain-lain perkara penting yang perlu anda ketahui mengenai kad perubatan:  

Had seumur hidup

Ini adalah jumlah maksimum yang akan dibayar oleh syarikat insurans anda bagi tuntutan terhadap kos perubatan sepanjang hayat anda. Pelan perubatan akan tamat secara otomatik sekiranya manfaat pelan yang dibayar telah mencapai had seumur. Terdapat juga produk perlindungan perubatan yang tiada had seumur hidup (unlimited lifetime coverage), terutamanya bagi pelan standalone.

Had tahunan

Ini adalah jumlah maksimum yang  bagi tuntutan perubatan yang dibuat untuk satu tahun polisi. Ia mungkin serendah RM10,000 setahun. Setelah tuntutan dibayar bagi sesuatu tahun mencapai had tahunan, pemegang polisi tidak lagi boleh membuat tuntutan bagi tahun itu. Ini bererti segala kos perubatan bagi tahun itu perlulah ditanggung sendiri.

Premium

Premium adalah bayaran yang perlu anda buat kepada syarikat insurans untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans. Bayaran biasanya dibuat secara berkala – sama ada setiap bulan, setiap 3 bulan, atau setiap tahun.

Deductible

Deductible adalah umlah yang anda perlu bayar bagi rawatan perubatan sebelum boleh membuat tuntutan terhadap pelan perubatan anda. Untuk menggambarkannya:

Deductible pelan insurans perubatan Lisa: RM 1,000.
Lisa mengalami kecederaan, kos pembedahannya sebanyak RM 3,000.
Lisa perlu membayar RM 1,000 (deductible).
Syarikat insurans pula membayar RM 2,000.

Insurans bersama (ko-insurans)

Ini adalah jumlah (biasanya dalam peratusan seperti 10%, 20% dll) daripada jumlah kos perubatan yang anda perlu tanggung sendiri. Syarikat insurans tidak akan membayar jumlah ini sebagai pampasan.

Contohnya: 

Insurans bersama pelan perubatan Lisa adalah 10%.
Lisa mengalami kecederaan, kos pembedahan Lisa ialah RM 3,000.
Lisa terpaksa membayar RM 300 (10% daripada RM3,000).
Syarikat insurans pula akan membayar RM 2,700.

Sesetengah pelan mengandungi kedua-dua deductible dan insurans bersama, sebagai contoh:

Lisa membeli sebuah pelan perubatan dengan RM 1,000 dengan 10% insurans bersama. Setelah dimasukkan ke hospital untuk rawatan denggi, jumlah kos perubatannya ialah RM 5,000.
Deductible: Lisa membayar RM 1,000
Insurans bersama: Lisa membayar RM 400 (RM 4,000 x 10%)
Syarikat insurans membayar RM 3,600 (RM 4,000 – RM 400)
Jumlah perlu dibayar Lisa ialah RM 1,400.

Hospital panel

Ini adalah senarai hospital yang bekerjasama dengan syarikat insurans anda bagi pelan perubatan anda. Kerjasama ini membolehkan kemasukan ke hospital secara mudah dan cepat. Pada kebiasaannya, rawatan tanpa tunai boleh didapati di hospital panel di mana hospital akan menuntut bayaran rawatan terus daripada syarikat insurans anda. Sebelum membuat pilihan pelan yang anda mahukan, semak dahulu senarai hospital panel untuk pastikan hospital-hospital panel pelan tersebut adalah bereputasi tinggi dan berdekatan dengan anda.

Pemeriksaan kesihatan

Bergantung kepada pelan dan umur pemohon, pemeriksaan perubatan mungkin tidak diperlukan. Contohnya, seorang pemohon berusia 25 tahun yang berisiko rendah mungkin tidak perlu mengemukakan laporan perubatan, manakala pemohon yang berusia 55 tahun mungkin dikehendaki berbuat demikian kerana risiko penyakit beliau yang lebih tinggi. Sama juga seperti seorang pemohon yang merokok berbanding yang tidak merokok.

Jaminan pembaharuan

Bergantung kepada jenis pelan perubatan, anda mungkin perlu memperbaharui pelan anda setiap tahun (seperti pelan standalone). Sesetengah pelan memberi jaminan bahawa pembaharuan akan diberikan ketika permohonan untuk meneruskan pelan dibuat oleh pemohon. Walau bagaimanapun, ada juga pelan yang tidak memberi jaminan pembaharuan, sekiranya pemohon menghidapi penyakit dan pernah membuat tuntutan terhadap pelannya bagi tempoh terdahulu.

Walaupun pelan perubatan rider tidak memerlukan pembaharuan tetapi ia akan tamat secara otomatik apabila had seumur hidup telah dibayar sepenuhnya oleh syarikat insurans.

Tiada jamin pembaharuan

Seperti yang disebut di atas, bagi sesetengah pelan, pembaharuan tidak dijamin oleh syarikat insurans. Ini bererti syarikat insurans mempunyai hak untuk menolak permintaan memperbaharui pelan perubatan daripada pelanggan, terutamanya jika dia telah menghidap penyakit dan telah mendapatkan rawatan bagi penyakit tertentu semasa dilindungi pelan perubatannya.

Tempoh menunggu

Juga dikenali sebagai tempoh kelayakan. Ini adalah bilangan hari pemohon perlu menunggu sebelum dia mula dilindungi oleh pelannya. Bagi kos perubatan akibat penyakit yang baru didiagnosis, biasanya 3 hingga 6 bulan selepas penubuhan polisi.

Tempoh melihat percuma

Ini adalah bilangan hari yang anda boleh tunggu sebelum membuat keputusan untuk membatalkan polisi anda selepas penubuhannya dan akan menerima bayaran balik penuh premium anda (selepas menolak perbelanjaan pentadbiran dan lain-lain).

Pendedahan sepenuhnya

Untuk memohon insurans perubatan, anda mesti memberikan butiran peribadi penuh berkaitan dengan risiko yang terlibat. Ini mungkin termasuk keadaan yang sedia ada, penyakit yang lalu, kebiasaan merokok, pekerjaan, hobi dan sejarah perubatan keluarga. Sekiranya maklumat yang tidak didedahkan atau ketidaktepatan ditemui, penanggung insurans mempunyai hak untuk menolak sebarang tuntutan yang dibuat.

Apakah yang dilindungi oleh kad perubatan atau insurans perubatan?

Kebanyakan kad perubatan akan membayar kos berikut (Rujuk kepada helaian keterangan produk atau brochure untuk maklumat penuh setiap pelan yang mungkin berbeza-beza):

  • Bilik dan penginapan hospital
  • Kos pembedahan dan bius
  • Unit rawatan rapi
  • Pembedahan harian
  • Bekalan dan khidmat hospital
  • Teater pembedahan
  • Lawatan rundingan pakar dalam hospital
  • Pra-hospital, ujian diagnostik pra-pembedahan & bayaran pakar pre-kemasukan ke hospital
  • Rawatan selepas kemasukan ke hospital
  • Rawatan fisioterapi pesakit luar
  • Kos ambulans
  • Pemindahan organ
  • Kanser pesakit luar bulanan atau dialisis buah pinggang
  • Penjagaan di rumah

Pentingnya pelan jenis pembaharuan terjamin

Jaminan pembaharuan bererti selagi anda membayar premium tepat pada masanya dan anda ingin meneruskan pelan anda, syarikat insurans diwajibkan memperbaharui pelan anda (selagi had tuntutan seumur hidup belum dicapai). Walau bagaimanapun, syarikat insurans berhak menaikkan harga pelan akibat kenaikan kos secara keseluruhan di mana ianya membabitkan ke semua pelanggan.

Bagi pelan tiada jaminan pembaharuan (di mana pelan perlu diperbaharui setiap tahun), pembaharuan pelan tertakluk kepada kelulusan syarikat insurans.

Pelan ini mempunyai risiko yang tinggi di mana jika anda manghidap penyakit yang mungkin berulang, syarikat insurans berhak menolak permintaan anda untuk meneruskan pelan anda ketika pembaharuan.

Lebih serius lagi apabila anda ingin mendapatkan pelan daripada syarikat lain kerana dengan sejarah penyakit yang pernah dihidapi (dikenali sebagai penyakit pra-wujud), syarikat insurans tidak lagi akan meluluskan permohonan bagi pelan perubatan mereka sewenang-wenangnya.

Jika anda bernasib baik dan menjumpai syarikat insurans yang bersetuju untuk memberikan perlindungan perubatan kepada anda, kebiasaannya, syarikat ini sama ada akan menaikkan harga pelan anda ataupun akan mengecualikan penyakit pra-wujud ini dari pelan anda. Jadi sekiranya penyakit itu berlaku lagi, syarikat insurans tidak akan menanggung apa-apa kos rawatan berkaitannya.

Inilah sebabnya penting bagi kita untuk mendapatkan insurans perubatan ketika masih muda kerana pada usia muda, risiko menghidapi penyakit adalah rendah, maka pelan yang didapati tidak akan mempunyai pengecualian terhadap mana-mana penyakit.

Apa itu Pengecualian (Exclusion)?

Pengecualian adalah penyakit atau keadaan perubatan yang tidak dilindungi oleh kad perubatan atau insurans perubatan. Berikut adalah beberapa contoh pengecualian lazim. Rujuk kepada lampiran keterangan produk untuk butiran khusus setiap pelan.

  • Syarat yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kekurangan updaya atau penyakit yang dimaklumkan kepada syarikat dalam borang permohonan dan yang mana syarikat tidak mengenakan apa-apa syarat akan dilindungi selepas 12 bulan perlindungan insurans anda
  • Penyakit yang ditakrifkan dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan orang yang diinsuranskan
  • Rawatan kosmetik
  • Masalah pergigian atau kesilapan pada mata kecuali disebabkan oleh kecederaan tidak sengaja
  • Masalah kongenital tidak normal
  • Keadaan yang berkaitan dengan kehamilan
  • AIDS atau penyakit kelamin
  • Kecederaan diri sendiri
  • Ketagihan dadah, gangguan mental atau saraf

Apa itu penyakit pra-wujud (penyakit sedia ada)?

Penyakit pra-wujud atau dikenali sebagai penyakit sedia adalah keadaan atau penyakit yang telah pun wujud pada orang yang diinsuranskan sebelum tarikh berkuat kuasa sesuatu polisi. Ia termasuklah keadaan di mana:

  • Orang yang diinsuranskan telah menerima atau sedang menerima rawatan;
  • Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan telah disyorkan;
  • Terdapatnya gejala dan simptom yang jelas;
  • Kewujudannya jelas kelihatan

Apa itu penyakit spesifik (specified illnesses)?

Penyakit spesifik termasuk penyakit berikut dan komplikasi berkaitan:

  • Hipertensi, penyakit kardiovaskular dan kencing manis
  • Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu karang dan biliary
  • Yang bekaitan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  • Hernia, buasir, fistulae, hidrocele, varicocele
  • Endometriosis termasuk penyakit sistem peranakan
  • Gangguan Vertebro-spinal (termasuk cakera) dan keadaan lutut

Bagaimana boleh saya gunakan kad perubatan saya? Bagaimana pula cara membuat tuntutan?

Sekiranya anda perlu berkunjung ke hospital, pastikan hospital itu tersenarai di dalam panel hospital pelan perubatan anda. Ini akan membolehkan anda mendaftar masuk dan menerima rawatan tanpa dikenakan bayaran kerana segala kos akan dikenakan terus kepada syarikat insurans anda. Anda hanya perlu mengemukakan kad perubatan anda semasa mendaftar masuk dan tidak perlu membayar wang tunai pendahuluan. Sebaliknya jika anda mengunjung hospital yang bukan panel syarikat insurans anda, segala bayaran perlu ditanggung sendiri sebelum membuat tuntutan terhadap syarikat insurans anda.

Untuk mengelakkan sebarang kelewatan yang tidak perlu, syarikat insurans mengesyorkan beberapa perkara berikut sebagai sebahagian daripada proses tuntutan:

  • Sebelum menerima apa-apa rawatan kecemasan, hubungi talian bantuan khidmat pelanggan syarikat insurans anda dan semak sama ada rawatan yang dicadangkan oleh doktor anda dilindungi dalam pelan insurans anda dan sama ada hospital pilihan anda adalah hospital panel
  • Mohon doktor atau pakar anda mengisi dan menandatangani borang tuntutan anda. Doktor anda boleh mengenakan yuran pentadbiran minima yang mungkin tidak dilindungi oleh kad perubatan anda
  • Sediakan notis bertulis kepada syarikat insurans anda secepat mungkin, atau dalam masa 30 hari dari tempoh rawatan jika anda didiagnosis dengan kecacatan yang akan menanggung perbelanjaan yang boleh dituntut
  • Sediakan semua dokumen tuntutan bersama dengan bil dan resit asal, laporan doktor lengkap, ringkasan kos rawatan doktor dan surat rujukan jika ada. Jangan lupa membuat salinan semua bil dan penerimaan asal.

Bilakah masa terbaik untuk membeli insurans perubatan?

Masa terbaik untuk membeli insurans adalah apabila anda masih muda dan sihat. Ini kerana beberapa sebab:

– Penanggung insurans mengira premium berdasarkan umur yang diinsuranskan. Ini berdasarkan andaian bahawa orang yang lebih tua mendapat, lebih tinggi adalah risiko dia didiagnosis dengan penyakit. Oleh itu semakin tua yang diinsuranskan, semakin tinggi premiumnya.

– Setelah didiagnosis dengan penyakit, anda:

  • Mungkin tidak dapat mencari syarikat yang akan memastikan anda kerana keadaan anda yang sedia ada
  • Harus perlu membayar premium yang lebih tinggi untuk liputan perubatan kerana keadaan anda yang sedia ada
  • Mungkin tidak mendapat liputan untuk sebarang perbelanjaan perubatan yang berkaitan dengan keadaan anda yang sedia ada (pengecualian)

 

Di manakah saya boleh membeli insurans perubatan?

Anda boleh membeli pelan perubatan dengan mudah melalui ejen insurans yang berkelayakan. Sebagai alternatif, banyak syarikat insurans kini menawarkan rancangan perubatan melalui laman web mereka. Cari syarikat yang ingin anda beli dari internet dan tentukan jika anda dapat membeli rancangan yang anda suka dalam talian.

2,355 total views, 38 views today

Spread the love
  • 35
    Shares
  • 35
    Shares

Leave a Comment