Soalan Lazim Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan

Jika anda kerap melawat ke laman Facebook kami, anda akan dapat melihat bahawa kami banyak menyentuh tentang Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan. Ini kerana kamimenganggap perkara ini sangat penting dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan bermotor. Maka kami ingin memberi kesedaran tentang perkara ini kepada rakyat Malaysia.

 

Berikut adalah beberapa soalan lazim yang mungkin bermain difikiran anda.

1. Apa itu Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan?

Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan bermaksud syarikat insurans diberi kebenaran untuk menggunakan cara tersendiri bagi pengiraan harga insurans kenderaan. Ini bermakna, setiap syarikat insurans boleh menetapkan harga masing-masing bagi insurans kenderaan.

 

2. Apakah perbezaan dengan cara pengiraan premium yang sedia ada?

Buat masa ini, harga insurans kenderaan adalah ditakrif iaitu ia dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Syarikat insurans di Malaysia perlu mengikut panduan yang disediakan oleh BNM mengikut pengiraan yang mana harga bagi setiap syarikat insurans adalah sama. Mudahnya, ia seperti harga petrol di Malaysia yang mana setiap stesen mengenakan harga yang sama.

Apabila liberalisasi tarif dilaksanakan, setiap syarikat insurans bebas untuk mengenakan harga bagi insurans mereka. Sekali lagi, seperti stesen petrol ini seolah di mana setiap stesen boleh mengenakan harga petrol mengikut kehendak mereka sendiri.

 

faq4

 

3. Bagaimana cara pengiraan yang dilaksanakan kini?

Hari ini, pengiraan berdasarkan 2 faktor seperti berikut:

a) Nilai kenderaan
b) Size enjin kenderaan anda (dikira berdasarkan cc).

 

4. Jadi kenapa saya dikenakan harga insurans kenderaan yang berbeza daripada syarikat-syarikat insurans berlainan walaupun liberalisasi tarif masih belum dilaksanakan?

Ada 3 penyebab utama yang menyebabkan syarikat insurans mengenakan harga yang berlainan bagi kereta yang sama: .

i) Perbezaan nilai kenderaan
Ejen dan syarikat insurans boleh menganggarkan nilai yang berbeza bagi kenderaan yang sama. Jika syarikat A membuat penilaian kenderaan anda adalah sebanyak RM 50,000 dan syarikat B memberi nilai kenderaan anda sebanyak RM 60,000, anda akan mendapat 2 harga insurans yang berbeza. Cara yang terbaik ialah dengan mengikuti MyCarInfo. Kami percaya, MyCarInfo memberi nilai kenderaan yang neutral dan dari sumber yang boleh dipercayai.

ii) Loading yang dikenakan atas kereta anda.
Syarikat insurans mempunyai hak untuk menaikkan harga sehingga 15% bagi kes-kes tertentu. Contohnya seperti pemandu muda atau kenderaan yang berumur lebih 10 tahun.

iii) Pakej atau insurans tambahan yang disatukan dengan insurans kenderaan
Syarikat insurans gemar mem”pakej”kan insurans kenderaan anda bersama produk insurans lain. Yang paling sering dipakejkan bersama insurans kenderaan ialah Insuran Kemalangan Persendirian.

Sebagai contoh, Perlindungan Kemalangan Persendirian Allianz (PAC) juga dipakejkan dalam insurans kenderaan, yang dinamakan ‘Road Warrior’ manakala Zurich Insurance pula menamakan ia sebagai AutoPAC. Anda mungkin memikirkan anda hanya membayar harga insurans kenderaan, namun sebenarnya anda juga membeli insurans tambahan bagi diri anda. Syarikat insurans seringkali menetapkan pakej ini sebagai pakej wajib bersama dengan insurans kenderaan mereka.

Di atas sebab-sebab ini, anda dinasihatkan untuk membandingkan harga insurans dari syarikat yang berbeza-beza agar anda tidak membayar harga yang lebih.

 

5. Bagaimanakah cara pengiraan selepas liberalisasi tarif?

Selepas pelaksanaan liberalisasi tarif, syarikat insurans akan mengambil maklumat tambahan dari pemandu untuk menetapkan harga insurans. Contohnya.

a) Umur pemandu – Harga insurans lebih tinggi bagi pemandu muda kerana pemandu muda lebih kerap terlibat dalam kemalangan jalanraya.

b) Jantina Pemandu – Harga insurans lebih murah bagi pemandu wanita kerana pemandu wanita lebih berhati-hati dan kurang terlibat dalam kemalangan.

c) Tempat tinggal pemandu – Harga insurans lebih tinggi jika pemandu tinggal di kawasan jenayah tinggi kerana risiko mereka lebih tinggi.

d) Rekod tuntutan pemandu – Pemandu yang pernah membuat tuntutan dianggap mempunyai rekod buruk dan harga insurans yang lebih mahal akan dikenakan.

 

Cara pengiraan premium selepas liberalisasi tarif dilaksannakan kelak.

Cara pengiraan premium selepas liberalisasi tarif dilaksannakan kelak.

 

6. Bilakan ia akan dilaksanakan?

Bank Negara memaklumkan bahawa pelaksanaan liberalisasi tarif akan berlaku dalam 2 peringkat.
Julai 2016 – Syarikat insurans dibenarkan untuk memperkenalkan beberapa pakej/ produk baru dan penambahan perlindungan insurans.

Julai 2017 – Bermula dari tarikh ini, harga insurans bagi kenderaan tidak lagi ditetapkan oleh Bank Negara dan syarikat insurans boleh membuat penetapan harga mereka sendiri.

Ini bererti, perubahan harga insurans kenderaan anda akan mula berlaku selepas Julai 2017.

 

7. Bagaimana ini dapat merendahkan harga insurans kenderaan anda?

Harga insurans kenderaan akan lebih rendah jika anda dikenalpasti sebagai pemandu ‘selamat’ atau pemandu ‘kurang berisiko’.

 

8. Apa yang boleh saya lakukan sebelum pelaksanaannya?

Sebagai pengguna yang bijak, anda boleh membuat perbandingan harga dan pakej yang disediakan oleh syarikat insurans bagi mengetahui syarikat mana yang memberi pakej terbaik setanding dengan harganya.

 

9. Adakah ianya akan beri kesan positif untuk rakyat Malaysia?

Ya, kami percaya bahawa ini merupakan satu langkah baik dari beberapa segi seperti berikut:

a) Mewujudkan persaingan yang sihat di antara syarikat insurans dan akan menyebabkan lebih banyak pilihan dari segi produk baru dan seterusnya akan memberikan manfaat kepada pengguna.

b) Disebabkan persaingan ini, perkhidmatan yang lebih baik akan disediakan oleh syarikat insurans di mana anda boleh melihat peningkatan dari segi perkhidmatan seperti process tuntutan yang lebih cepat dan efisyen

c) Anda akan dapat melihat bahawa pemandu-pemandu akan memandu dengan lebih berhati-hati untuk mengelakkan dari dikenakan harga insurans kenderaan yang lebih tinggi.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Pentakrifan Semula Insurans Kenderaan di Malaysia, kami cadangkan agar anda melihat dari sumber-sumber berikut:

5,660 total views, 7 views today

Spread the love
  • 8
    Shares
  • 8
    Shares