Kuala Lumpur, 27 Julai 2018 – Allianz Malaysia mengorak langkah baharu menerusi jalinan kerjasama dengan salah satu pasaran atas talian terkemuka di Malaysia, 11street.

Usaha sama ini bertujuan untuk menyediakan ketenangan minda kepada rakyat negara ini menerusi penawaran perlindungan yang memenuhi segenap keperluan pengguna menerusi produk- produk insurans yang kini boleh didapati menerusi platform beli-belah atas talian berkenaan.

Allianz bersama 11street kini menjadikan langganan insurans lebih mudah dan lancar dengan menawarkan tiga produk komprehensif yang memenuhi keperluan pelanggan. Produk-produk ini termasuk:

  • Personal Accident Insurance yang memberi persediaan terhadap perkara-perkara yang tidak dijangka pada setiap masa;
  • Roadside Assistance Program yang menyediakan perlindungan komprehensif kepada pemandu apabila kereta mereka rosak dan ;
  • Smart Home Cover yang memberi ketenangan minda kepada pelanggan apabila mengetahui bahawa kediaman yang dimiliki dilindungi.

Ketua Inovasi dan Usahasama Digital, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Michael Fong berkata: “Ini merupakan langkah yang mengujakan dan proaktif bagi kami untuk bukan sahaja meningkatkan kesedaran umum berkenaan kepentingan perlindungan insurans tetapi ke arah menjadikan kaedah perlindungan penting ini lebih mudah diperoleh dan ditawarkan pada harga berpatutan bagi manfaat masyarakat umum.

“Dengan meneroka pendekatan baharu dalam menawarkan pelan insurans, kami berharap untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah penting ke arah melindungi diri dan keluarga mereka, di samping mengurangkan jurang perlindungan dalam kalangan umum.”

Menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia, kadar penembusan insurans pada masa ini kekal sekitar 56% dengan hanya kira-kira 32% rakyat negara ini memiliki lebih daripada satu polisi. Dengan sasaran Bank Negara Malaysia untuk mencapai kadar 75% penembusan insurans dan berpotensi melebihi 100% menjelang tahun 2020, 2 usaha sama antara Allianz dan 11street merupakan langkah penting dalam memastikan setiap rakyat Malaysia dilindungi.

Untuk melanggan sebarang produk insurans ini, layari Allianz Insurance Official Store di 11street. Seorang ejen khusus akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 3 hari untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi terbitan polisi perlindungan.

 

 

3,372 total views, 4 views today

Spread the love
  • 25
    Shares
  • 25
    Shares