Banjir di Pulau Pinang minggu lepas disebabkan hujan yang turun sebanyak 270 milimeter dalam masa yang singkat. Ini merupakan catatan bacaan tertinggi di dalam sejarah negeri itu.

Mernurut laporan The Malaysian Insight, air pasang di sebahagian kawasan yang terlibat setinggi 1.8 meter ke 2.1 meter menyebabkan banjir kilat.

Selain kerosakan yang dialami pada perabot dan peralatan elektronik akibat air yang masuk ke dalam rumah, penduduk sebahagian negeri itu juga menanggung kerosakan pada kenderaan mereka.

Adakah kenderaan anda dilindungi insurans?

Mungkin ramai mangsa banjir tertanya jika mereka dapat membuat tuntutan ke atas kerosakan kenderaan mereka.

Pada amnya, polisi pihak ketiga mahupun komprehensif tidak melindungi kenderaan anda terhadap risiko banjir. Ini bererti anda tidak dapat menuntut kerugian ke atas kerosakan kereta atau motosikal kerana memasuki air. Tuntutan juga tidak boleh dibuat jika kenderaan hilang dihanyut air.

Akan tetapi, perlindungan tambahan boleh dibeli untuk tujuan ini. Perlindungan “peril khas” bukan sahaja akan memberi pampasan terhadap kerosakan dan kehilangan kenderaan akibat banjir, tetapi juga melindungi kenderaan anda dari bencana lain seperti ribut taufan, gempa bumi dan tanah runtuh.

Perlindungan ini boleh didapati ketika pembaharuan polisi insurans komprehensif kenderaan. Bayaran bagi perlindungan tambahan ini adalah sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan.

 

Banjir bukanlah satu-satunya risiko yang tidak dilindungi polisi asas. Ketahui jenis-jenis risiko lain yang juga tidak dilindungi insurans kenderaan anda. Sambung baca.

Untuk memahami jenis-jenis perlindungan tambahan yang boleh dimiliki, baca artikel ini.

 

 

 

14,730 total views, 32 views today