Jika anda memiliki kereta Perodua tetapi masih belum pernah dengar tentang perlindungan komprehensif yang ditawarkan hanya kepada pemilik kenderaan Perodua, anda perlu tumpukan perhatian anda di sini. Jika tidak, anda juga yang rugi. Tanpa membuang masa, kita lihat satu persatu kelebihan-kelebihnnya.

Kelebihan-kelebihan Perlindungan Total Protect Perodua:

1. Tiada kos penambahbaikan atau betterment selama 10 tahun

Betterment atau penambahbaikan adalah kos yang perlu anda bayar ketika menggantikan alat ganti yang rosak semasa kemalangan. Penggantian ini selalunya menguntungkan pengguna kerana alat ganti yang sudah terpakai digantikan dengan alat yang baru. Maka di sini syarikat insurans akan mengenakan bayaran betterment yang ditanggung oleh pengguna iaitu perbezaan kos di antara alat lama dan alat baru.

Tetapi di bawah perlindungan Perodua Total Protect, kos ini tidak dikenakan terhadap kenderaan yang berusia tidak lebih 10 tahun. Di bawah gambarajah yang menunjukkan perbandingan Total Protect dan perlindungan insurans lain. Kos betterment bagi kenderaan Perodua hanya dikenakan pada tahun ke-11.

 

Perlindungan Total Protect perodua

Sumber: Youtube

 

2. Tiada ekses (bayaran lebihan) selama 10 tahun

Jika anda pemilik kereta Perodua, anda dijamin tiada caj ekses selama 10 tahun. Ini sememangnya dapat menjimatkan kos anda berbanding insurans yang ditawarkan syarikat insurans lain.

Ekses atau juga dikenali sebagai diduktible, adalah sebahagian daripada kos pembaikan yang perlu ditanggung oleh pelanggan sebelum syarikat insurans setuju untuk membayar baki tuntutan selebihannya. Kos ekses terbahagi kepada 2 jenis.

i) Ekses wajib termasuklah kos yang dikenakan sekiranya kemalangan disebabkan oleh pemandu bukan dinamakan atau seseorang yang dinamakan yang berusia 21 tahun ke bawah; pemegang lesen memandu sementara (L) atau pemegang lesen memandu penuh yang kurang dari dua tahun. Bagi kes ini, ekses sebanyak RM400 dikenakan.

ii) Ekses lain adalah mengikut budi bicara syarikat insurans anda. Bukan semua syarikat yang mengenakan ekses lain.

 

3. Tiada caj loading selama 10 tahun

Loading pula adalah caj tambahan yang dikenakan oleh syarikat insurans berdasarkan risiko yang diambil untuk menginsuranskan kenderaan anda. Contohnya seperti kenderaan 4WD yang selalunya dipandu lasak, syarikat insurans mungkin akan mengenakan premium tambahan kerana risiko yang lebih tinggi. Kenderaan yang lebih tua juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Tetapi di bawah perlindungan Total Protect, tiada caj loading dikenakan bagi kenderaan Perodua selama 10 tahun.

 

4. Nilai dipersetujui selama 5 tahun

Atau juga dikenali sebagai agreed value, adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pelanggan bersama syarikat insurans terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Ini bererti jika tuntutan total lost berlaku, syarikat insurans akan membayar gantirugi pada nilai yang telah dipersetujui, dan bukan mengikut nilai pasaran semasa kemalangan atau kecurian berlaku. Ini bermakna pelanggan tidak akan terjejas dengan nilai kenderaan yang menyusut mengikut waktu.

 

Sumber : Youtube

 

Contoh di atas menunjukkan perbezaan kedua-dua nilai pasaran serta nilai dipersetujui. Sekiranya tuntutan dibuat pada bulan Oktober ke atas polisi mengikut nilai pasaran, hanya RM 37,000 dapat dituntut oleh pemegang polisi, walaupun premium yang dibayar pada bulan Januari adalah berdasarkan nilai pasaran RM 40,000. Manakala sekiranya polisi adalah mengikut nilai dipersetujui iaitu pada kadar RM 40,000, syarikat insurans akan membayar pampasan sebanyak RM40,000 walaupun nilai kenderaan mengikut nilai pasaran telah pun susut.

 

5. Proses tuntutan 24 jam bagi tuntutan RM 5000

Bagi tuntutan kurang daripada RM 5000, proses tuntutan dijamin mengambil masa dalam 24 jam.

 

6. Perlindungan 24 jam Auto Assist

Auto assist adalah pertolongan kecemasan yang diberikan kepada pelanggan Total Protect Perodua. Ia merangkumi jenis-jenis bantuan berikut:

  • perlanggaran
  • tayar pancit
  • masalah gear lock
  • enjin panas (overheat)
  • masalah wiring
  • kerosakan akibat banjir
  • windscreen pecah
  • masalah bateri (perkhidmatan jump-start)
  • kecurian

Ketika berlakunya kecemasan, pemilik kenderaan Perodua boleh membuat panggilan ke talian 1-800-88-5555 untuk mendapatkan bantuan 24 jam. Hanya pelanggan di bawah perlindungan Total protect sahaja yang layak menikmati bantuan daripada Perodua Auto Assist.

 

Panel syarikat insurans dan pengendali takaful

Program Perodua Total Protect ini dilindungi oleh syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful yang bereputasi. Ianya termasuklah CHUBB Insurance, Tokio Marine Insurans, Allianz General Insurance, Liberty Insurance dan MSIG Insurance, Zurich Insurance dan Takaful serta Etiqa Insurance dan Takaful.

 

Bagaimana untuk nikmati Perodua Total Protect?

Bukan semua pemilik kenderaan Perodua yang boleh nikmati kelebihan yang diberikan oleh Total Protect ini. Sebab itu kami ingin tekankan di sini kepada pembaca. Program perlindungan ini hanya diberikan sekiranya anda memperbaharui polisi insurans anda melalui pengedar sah (authorised dealer) Perodua.

Jadi hati-hati, jika anda memperbaharui polisi insurans kenderaan anda melalui pembaharuan terus sama ada di laman sesawang atau di cawangan syarikat insurans mahupun melalui ejen insurans, anda tidak akan dilindungi di bawah program ini.

 

Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk video di bawah:

 

Adakah anda ketahui, NCD (Diskaun Tiada Tuntutan) insurans kenderaan anda boleh menjimatkan sehingga 55% daripada premium insurans anda? Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana ia berfungis, baca artikel di bawah:

Fahami Insurans Kenderaan: Apa itu NCD?

 

Jangan lupa ikut kami di laman Facebook untuk mendapatkan artikel-artikel baru setiap minggu berkenaan insurans dan takaful, serta tip-tip untuk menjimatkan wang anda.

 

 

17,594 total views, 31 views today

Spread the love
  • 15
    Shares
  • 15
    Shares