Adakah anda seorang pemandu Grab di Malaysia? Ketahui syarikat mana yang menyediakan Insurans Kereta Terbaik untuk Pemandu Grab

Ketahui syarikat mana yang menyediakan insurans yang terbaik untuk pemandu Grab. Dalam artikel ini, kami akan terangkan insurans apa yang pemandu Grab perlukan dan perlindungan apa yang disediakan. Tidak semua insurans kereta sesuai untuk pemandu Grab, jadi anda perlu semak insurans anda dengan teliti. Dapatkan senarai insurans terbaik untuk pemandu Grab yang boleh dibeli secara atas talian.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, menjadi seorang pemandu Grab adalah cara yang ringkas dan mudah untuk mendapatkan duit sampingan. Jadi bukanlah perkara yang asing bagi seorang pemandu Grab untuk mempunyai kerja tetap dan hanya memandu Grab sebagai kerja sambilan. Pada awalnya, menjadi seorang pemandu Grab dan Uber adalah sesuatu yang baru dan unik. Banyak pemandu teksi tidak sukakan persaingan baru ini kerana menjadikan pelanggan mereka berkurangan dan merendahkan pendapatan mereka. Namun Grab membuatkan perjalanan lebih menyenangkan, selamat dan selesa untuk pelancong yang sebelum ini terpaksa tawar-menawar harga dan berhadapan dengan risiko untuk ditipu.

Insurans komersial untuk pemandu Grab mahal

Satu masalah besar untuk pemandu Grab adalah untuk mendapatkan insurans kereta yang sesuai. Jika syarikat insurans mendapat tahu yang kemalangan berlaku semasa sedang memandu Grab, maka tuntutan tersebut akan ditolak. Alasannya kerana kereta tersebut tidak digunakan untuk tujuan peribadi, tetapi untuk tujuan komersial. Tujuan komersial bermaksud kenderaan tersebut digunakan untuk menjana wang. Insurans peribadi untuk pemandu Grab belum wujud lagi, dan di luar sana tiada insurans kereta terbaik untuk pemandu Grab.

Insurans kereta yang sesuai untuk pemandu Grab adalah penting

Sebuah artikel Free Malaysia Today “Pemandu Grab diarahkan untuk membuat laporan peribadi untuk tuntutan insurans” menceritakan di mana tuntutan insurans seorang pemandu Grab ditolak kerana keretanya digunakan untuk memandu Grab. Apabila anda menggunakan kenderaan anda untuk tujuan komersial, maka anda perlu dapatkan insurans yang berbeza, yang dikenali sebagai insurans komersial. Kesemua teksi dan bas mempunyai insurans komersial. Insurans komersial jauh lebih mahal berbanding kereta peribadi kerana kereta tersebut lebih kerap berada di atas jalan risiko terlibat dalam kemalangan adalah lebih tinggi. Bagaimanapun, untuk membeli insurans kereta komersial untuk pemandu Grab sambilan adalah terlalu mahal. Jadi pada awalnya, kebanyakan pemandu mengambil risiko dan memandu Grab dengan insurans kereta peribadi yang biasa.

Insurans e-Hailing diwujudkan khas untuk pemandu Grab

Kini, Grab telah menjadi satu perkara biasa dan sudah serasi dengan infrastruktur rakyat Malaysia. Sekarang banyak tempat menawarkan ruang khas untuk pemandu Grab menghantar dan mengambil pelanggan. Kini syarikat-syarikat insurans dan takaful juga telah mengikut trend baru ini dan menyediakan insurans peribadi yang membolehkan seorang pemandu Grab sambilan untuk dilindungi sepenuhnya. Insurans baru ini dikenali sebagai e-hailing. Teruskan membaca untuk mengetahui syarikat insurans kereta manakah yang menawarkan insurans yang terbaik untuk pemandu Grab di Malaysia.

Best Car Insurance for Grab Drivers in Malaysia

#CompanyWebpage friendlinesse-Hailing Cost
(sum insured rm 55k)
WebpagesMore Info
1Berjaya SompoVERY EASYRM 240
RM 0.66 per day
Buy Online 10% off Brochure
3MSIG MalaysiaEASYRM 255
RM 0.70 per day
Buy OnlineBrochure
2Etiqa InsuranceVERY EASYRM 411
RM 1.13 per day
Buy Online 10% off Brochure

Apa yang insurans e-Hailing lindungi di Malaysia?

e-Hailing adalah terma yang digunakan untuk melambangkan seseorang yang menggunakan peranti telefon pintar untuk menempah perkhidmatan kereta mengambil penumpang. Di Malaysia, insurans untuk pemandu Grab ditawarkan sebagai penambahan dalam insurans kereta peribadi. Jadi bila anda membeli insurans atau takaful kereta anda, anda boleh menambah e-Hailing seperti perlindungan cermin depan untuk melindungi anda semasa bekerja sebagai pemandu Grab.

Insurans Kereta untuk Pemandu Grab perlu melindungi 4 bahagian penting:

  • Kehilangan atau kerosakan terhadap kereta anda, apabila digunakan secara komersial
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga, apabila digunakan secara komersial
  • Liabiliti undang-undang kepada/daripada penumpang yang membayar tambang
  • Kemalangan Peribadi Pemandu

Kehilangan atau kerosakan terhadap kereta anda, apabila digunakan secara komersial

Perlindungan untuk “Kehilangan atau kerosakan terhadap kereta anda” adalah perlindungan yang anda akan dapat, apabila anda membeli insurans komprehensif biasa di Malaysia dan menggunakan kereta tersebut secara peribadi. Bagaimanapun, apabila anda memandu Grab, walaupun hanya sambilan, maka perlindungan ini tidak wujud dalam insurans biasa anda. Sukar untuk membuktikan yang anda tidak menggunakan kereta anda untuk Grab jika anda telah berdaftar dengan Grab. Menggunakan kereta anda untuk memandu Grab dikira sebagai kegunaan komersial dan anda perlu memiliki insurans komersial. Penambahan e-Hailing akan memberikan anda perlindungan tambahan untuk kegunaan komersial.

Liabiliti kepada Pihak Ketiga, apabila digunakan secara komersial

Sama seperti “Kehilangan atau kerosakan terhadap kereta anda, apabila digunakan secara komersial”, anda perlu meluaskan “Liabiliti kepada Pihak Ketiga” anda daripada hanya untuk kegunaan peribadi kepada kegunaan komersial. Apabila anda membeli penambahan e-Hailing, maka perlindungan anda akan diluaskan kepada kegunaan komersial sebagai seorang pemandu Grab.

Liabiliti undang-undang KEPADA penumpang yang membayar tambang

Apabila anda membawa penumpang sebagai pemandu Grab, dan anda terlibat dalam kemalangan, maka penumpang anda mungkin akan menyaman anda atas kerosakan atau kecederaan. Misalnya, semasa perlanggaran, sebuah kamera mahal milik penumpang anda rosak, dan dia mahu anda membayarnya. Anda bertanggungjawab untuknya. Maka andalah yang dipertanggunjawabkan. Insurans E-Hailing akan membayar untuk kamera yang rosak itu kepada penumpang tersebut.

Liabiliti undang-undang DARIPADA penumpang yang membayar tambang

Apabila dibaca ia seakan perlindungan yang sebelumnya “Liabiliti undang-undang kepada penumpang yang membayar tambang”, tetapi perbezaannya ada dalam butiran. Ini adalah tanggungjawab penumpang yang naik kenderaan anda. Sebagai contoh, jika seorang penumpang membuka pintu kereta dan sebuah motosikal merempuh pintu itu, ada dua pihak yang mengalami kerosakan. Pertama adalah pemandu Grab kerana pintu kereta anda yang rosak. Jadi anda mahu penumpang tersebut membayar anda. Kedua adalah penunggang motosikal. Motosikal itu mungkin rosak, dan penunggangnya mungkin cedera. Penunggang motosikal itu mahu kerosakannya dibayar dan akan tujukan kepada pemandu Grabnya terlebih dahulu kerana anda adalah pemilik kereta tersebut.

Dalam kedua-dua kes ini, “Liabiliti undang-undang daripada penumpang yang membayar tambang” akan membantu anda supaya anda dibayar atas kerosakan terhadap pintu anda dan juga penunggang motosikal tersebut.

Kemalangan Peribadi Pemandu

Perlindungan ini adalah sekadar pilihan dan elok dimiliki oleh mana-mana pemandu Grab yang tidak mampu membayar insurans hayat. Dalam artikel kami “Bagaimana untuk membeli insurans hayat paling murah”, kami telah menerangkan dua alternative untuk insurans hayat seumur hidup: Hayat Sementara dan Kemalangan Peribadi. Kebanyakan penambahan e-Hailing menyediakan insurans Kemalangan Peribadi untuk pemandu supaya jika berlaku kemalangan yang teruk, ahli keluarganya akan diberikan duit yang mencukupi untuk membiasakan diri dengan suasana kehidupan yang baru.

Tidak semua syarikat menawarkan insurans kereta untuk Pemandu Grab secara atas talian

Setakat artikel ini ditulis, hanya 3 syarikat insurans dan takaful yang menawarkan insurans untuk pemandu Grab secara atas talian. Ada juga beberapa syarikat lain yang menyediakan perlindungan untuk pemandu Grab, tetapi untuk membeli penambahan tersebut, anda perlu menghubungi ejen insurans. Sebagai contoh, Chubb Insurance Malaysia Berhad menawarkan e-hailing di laman web mereka, tetapi mereka tidak menyediakan kaedah untuk membeli secara atas talian.

Rumusan Bagi Insurans Kereta Terbaik untuk Pemandu Grab

  1. Berjaya Sompo Motor e-Hailing
  2. MSIG Motor e-Hailing e-Zee
  3. Etiqa Malaysia e-Hailing

1,834 total views, 112 views today

Spread the love
  • 74
    Shares
  • 74
    Shares