Agenda Prudential Singapura dalam mendorong ke arah pengedaran dan transformasi digital telah ditemui dengan ketidakpuasan hati ejen-ejennya, menurut sebuah laporan.

Pada bulan Jun, lebih kurang 600 ketua ejensi telah menghantar petisyen ke ibupejabat Prudential rantau Asia yang bertempat di Hong Kong serta di London yang membantah usaha syarikat tersebut dalam pemasaran produknya secara terus di talian, menurut Straits Times.

Platform digital Prudential yang menawarkan produk secara terus telah dilancarkan pada awal tahun 2017 buat masa ini menyediakan lima produk perlindungan, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya di Singapura, Wilf Blackburn.

Jumlah produk dijangka meningkat dalam masa dua hingga tiga tahun, sejajar dengan rancangan Prudential yang ingin melihat lebih banyak produknya di talian. Menurut Wilf Blackburn, transformasi digital Prudential tidak bersaing dengan ejen-ejen syarikat tersebut.

Petisyen itu turut meminta perletakan jawatan Blackburn serta Ketua Pegawai Ejensi Roy Lim. Ia mengkritik pengurusan syarikat dalam mengeluarkan kakitangan utama tanpa ada pengganti yang berkelayakan serta tindak balas syarikat yang lembab dalam menangani isu kesilapan penolakan premium pada bulan Mei tahun ini.

 

 

Spread the love
  • 11
    Shares
  • 11
    Shares