Dalam menjalankan apa-apa perniagaan, kita diajar cara-cara pemasaran dan penjualan atau sales techniques untuk meningkatkan sales kita. Sekadar membaca sebuah buku atau menghadiri sebuah workshop atau training tidak memadai untuk menguasai bidang ini yang sentiasa berubah mengikut arus masa.

Dulunya salesman yang handal bererti salesman yang petah berkata-kata dan pandai memukau pelanggan dengan ayat-ayat yang meyakinkan. Kini cara itu tidak lagi berkesan terhadap generasi millennial yang lebih selesa membuat pembelian di dalam talian (online). Perubahan ini memerlukan kita memikir semula tentang teknik pemasaran kita dan mengadaptasikannya mengikut peredaran masa.

Ramai di antara ejen takaful kini sudahpun berjinak-jinak dengan pemasaran secara online dan membawa perniagaan mereka ke media sosial. Satu langkah yang wajib sekiranya ingin kekal kompetitif di dalam bidang ini. Satu elemen penting di dalam pemasaran online ini adalah testimonial pelanggan. Untuk memahami peranan yang dimainkan testimonial pelanggan, kita uraikan satu persatu kuasa mereka dalam perniagaan kita.

 

Kuasa testimonial pelanggan terhadap perniagaan takaful anda – mengapa ianya perlu:

1. Prospek memiliki keperluan untuk membeli

Prospek tidak membaca testimoni online pelanggan lain sekadar untuk menghiburkan hati. Sebaliknya apabila mereka membaca testimoni, mereka sudahpun memiliki keperluan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Ini bererti mereka cuma perlu mencari produk atau perkhidmatan yang bermutu dan bersesuaian. Tanpa dapat memegang produk di tangan atau bersemuka bersama penjual, salah satu cara untuk meyakinkan mereka adalah melalui membaca pengalaman pelanggan sedia ada.

Ejen perlu mengambil peluang ini dalam memastikan prospek dapat menilai mutu perkhidmatan mereka dengan menyediakan sebanyak testimoni pelanggan untuk tatapan prospek.

 

2. Pengaruh testimoni terhadap tabiat membeli – statistik sebagai bukti

Mengikut kajian yang dijalankan oleh BrightLocal dalam tahun 2017:

97% pengguna kini membaca testimoni online;

85% daripada mereka mempercayai testimoni online sebanyak mana mereka mempercayai cadangan oleh kenalan sendiri;

87% pengguna mengatakan bahawa sesuatu perniagaan memerlukan rating atau penarafan di antara 3 hingga 5 bintang sebelum mereka membuatkan pertimbangkan terhadap perniagaan tersebut; 48% pula memerlukan 4 hingga 5 bintang;

Secara purata pengguna membaca 7 testimoni untuk mempercayai sesuatu perniagaan;

68% pengguna mempercayai sesuatu perniagaan apabila terdapatnya kedua-dua testimoni positif dan negatif; manakala 30% mengesyaki penapisan telah dibuat atau terdapatnya testimoni palsu apabila tiada langsung terdapat testimoni negatif di laman sesuatu perniagaan.

 

3. Membina reputasi perniagaan

Testimoni yang positif dapat memberikan reputasi yang baik terhadap perniagaan anda. Tetapi seperti yang ditulis di atas, prospek juga perlu melihat sedikit sebanyak testimoni yang negatif untuk meyakinkan mereka bahawa tiada pemalsuan dibuat. Sebenarnya testimoni negatif dapat membantu perniagaan anda di mana cara ianya diatasinya dapat memberikan kesan kepada prospek.

Testimoni negatif yang dibalas dengan sifat rendah diri dan keikhlasan sebenarnya membantu membina reputasi perniagaan. Ejen yang bijak akan mengambil peluang membalas semua testimoni negatif dan menggalakkan dialog untuk membuktikan keikhlasan dalam memperbaiki perniagaannya. Ini pula memberikan keyakinan kepada pengguna lain.

 

4. Membina jenama tersendiri di internet

Testimoni online yang banyak dan positif dapat mengangkat perniagaan anda di kalangan rakan seindustri anda dan menjadikan anda sebagai industry leader. Ini membolehkan branding (jenama) anda terbina secara otomatik.

Di dalam mana-mana industri juga, prospek secara sendirinya lebih tedorong kepada jenama yang popular kerana setiap pengguna semestinya inginkan yang terbaik bagi mereka. Ini sudah tentu dapat menjaminkan perniagaan anda lebih mendapat kunjungan dan penerimaan prospek berbanding perniagaan ejen takaful lain yang kurang mendapat eksposur kerana kekurangan testimoni.

 

5. Melonjakkan kedudukan di dalam search engine (enjin carian)

Untuk mendapatkan ranking di dalam search engine atau enjin carian seperti Google.com bukanlah perkara yang mudah. Syarikat-syarikat besar membelanjakan puluhan malah ratusan ribu ringgit untuk memastikan kedudukan mereka di kalangan teratas di dalam search engine. Kedudukan di atas ini adalah amat penting kerana pengguna jarang-jarang sekali menyemak senarai melebihi tangga 5 – 10.

Testimoni amat berguna di dalam algoritma search engine seperti Google, di mana “web crawler” mereka mencari testimoni tulen pengguna untuk mengenalpasti kepengaruhan sesebuah perniagaan. Testimoni juga dapat membina backlinks yang amat bernilai bagi sesebuah perniagaan di dalam talian dalam membantu memperbaki kedudukan search engine.

Cara mudah untuk mengimplimenatasikan testimonial ke dalam perniagaan takaful anda

Direktori ejen insurans dan takaful iBanding.com menyediakan kemudahan bagi ejen-ejen di Malaysia untuk menyenaraikan perkhidmatan mereka. Sistem review dan rating, atau ulasan dan penarafan yang sedia ada menyediakan ruang bagi ejen untuk mendapatkan testimoni pelanggan mereka sebanyak mungkin sejurusnya memberi peluang kepada ejen untuk mendapatkan leads. Ejen pastinya dapat memanfaatkan laman web iBanding yang kini sudah mencecah 100,000 pengunjung setiap bulan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, atau berdaftar di direktori ejen insurans dan takaful iBanding, kunjungi laman ini.

 

Direktori ejen dengan senarai profail ejen serta bilangan leads yang telah diperolehi (bulatan biru) serta bilangan review (bulatan merah).

 

Spread the love
  • 16
    Shares
  • 16
    Shares