Adakah anda sedang mencari pakar insurans yang khusus? Atau mungkin anda ingin mencari seseorang yang menawarkan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan yang mempunyai kelayakan yang tepat untuk memberi nasihat? Dengan lebih 120,000 ejen berdaftar di Malaysia, ia mungkin sedikit sukar untuk mencari ejen insurans yang sesuai.

Direktori Insurans iBanding ialah di mana anda boleh dapatkan ejen insurans yang sesuai di Perak atau di mana-mana negeri ni negara ini. Melalui maklum balas yang diberi oleh pelanggan lain terhadap ejen yang tersenarai, anda dapat menilai sendiri mutu perkhidmatan yang anda inginkan.

Dengan prinsip maklumbalas, kami melayan semua ejen dengan sama rata. Kami percaya bahawa maklumbalas yang baik tidak boleh dibeli. Kami gunakan fraud checking untuk mengelakan penilaian palsu.

Dengan ini, kami ingin memperkenalkan 4 lagi ejen insurans yang terbaik minggu ini dan kami fokuskan ejen dari Perak pula.

1. Izyan Adilah Bohari (17 Ulasan)

Penarafan: 

Lokasi: Gerik, Perak

Agensi: Al Saffan Group

Berkerja di Ipoh, Izyan adalah penasihat kewangan Takaful sepenuh masa yang sangat kompeten dalam memberi khidmat nasihat mengikut keperluan pelanggannya. Dengan personaliti yang ramah, ramai pelanggan mudah berhubung dan berinteraksi dengan Izyan.

Buat masa ini, Izyan mewakili Prudential Assurance dan Takaful, dan di antara semua produk dan perkhidmatan, tawarannya merangkumi produk hospital dan pembedahan ke produk perubatan dan penyakit kritikal sehinggalah ke perancangan kewangan dan persaraan.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama Izyan

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Sebelum saya mengesyorkan sesuatu kepada pelanggan, penilaian keadaan semasa prospek adalah sangat penting. Penilaian ini adalah dari segi mengkaji pelan insuran terkini sehinggalah memahami kedudukan kewangan mereka.

Kadangkala, pelanggan mungkin rasa bahawa mereka tahu apa yang mereka mahukan, tetapi tidak benar-benar mengetahui apa yang diperlukan mereka. Jadi, mengenalpasti objektif kewangan tentu sekali membantu saya dalam memberi penyelesaian yang sesuai untuk mereka.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Satu perkara yang saya selalu praktikkan ialah sentiasa mengambil masa untuk berjumpa dengan prospek, kerana saya rasa berbual dalam talian sebenarnya tidak mencukupi. Pelanggan mungkin ragu-ragu dan dalam kebanyakan kes, ramai di antara mereka tidak tahu soalan yang sepatutnya ditanya.

Jadi saya akan sentiasa pastikan untuk bertemu dengan mereka. Saya ingin mereka faham apa yang saya tawarkan dan bagaimana penawaran tersebut boleh memanfaat kehidupan mereka secara keseluruhannya.

Penarafan: 

Lokasi: Ipoh, Perak

Agensi: U-Need Wealth Planner Sdn Bhd

Berkerja dengan U-NEED Wealth Planner Sdn Bhd (AIA Public Takaful), Faris adalah seorang yang mudah bergaul dan juga seorang profesional yang terlatih dalam memberi penyelesaian Takaful.

Kini Faris mewakili syarikat insurans seperti AIA dan AIA Public Takaful. Jika anda ingin memahami dengan lebih lanjut tentang pelan hayat dan perlindungan pendapatan, atau juga simpanan, MLTT, pelaburan dan persaraan pelan Takaful, Faris sudah tentu seseorang yang anda harus ketemui.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Faris

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Bergantung kepada keperluan mereka. Tetapi saya juga lihat kepada permintaan yang sentiasa diterima daripada orang ramai yang menetap di Ipoh. Kebanyakan mereka lebih cenderung terhadap insurans perubatan dan secara tidak langsung, itu biasanya produk yang saya akan tawarkan dan syorkan kepada mereka.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Selalunya saya akan dapat propsek yang sudah tahu apa yang mereka mahu daripada sesuatu produk insurans. Mereka adalah orang-orang yang berkemungkinan besar telah membuat sedikit kajian terhadap produk tersebut sebelum datang jumpa saya.

Keputusan mereka untuk beli selalunya lebih pantas. Tetapi apa jua keadaan, saya akan tetap menjalankan fact-finding dan sejurusnya mendidik mereka lebih sedikit supaya mereka pasti bahawa itu yang mereka benar-benar perlukan.

Penarafan: 

Lokasi: Ipoh, Perak

Agensi: Azam Achievers Management

Menetap di Ipoh, Rina adalah profesional kewangan Islam yang mempunyai kepakaran dalam Takaful dan perancangan hartanah Islamik. Di kalangan pelanggannya, beliau menonjol sebagai sesorang yang gigih dalam memberi jawapan dan sentiasa bersedia memberi penjelasan. Jika anda mencari seseorang yang bersikap terbuka dalam perbincangan dan perbualan tentang insurans, Rina mungkin seseorang yang anda perlu temui.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Rina

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Seringkali, saya telah berjumpa dengan ramai orang yang sudah ada sejenis pelan perlindungan. Pada pendapat saya, itu bagus. Ia juga bermakna minat atau pengetahuan terhadap insurans sudah pun ada dalam pemikiran mereka.

Tetapi, saya rasa pelan perlindungan yang mereka miliki tidak mencukupi tetapi produk yang saya syorkan benar-benar bergantung kepada situasi mereka, pelan insurans mereka yang terkini atau yang sedia ada (adakah mereka perlukan perlindungan yang berbeza atau tidak), dan juga objektif mereka apabila mencari pelan insurans. Persoalannya; mengapa mereka rasa mereka memerlukan insurans?

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Rapport. Mengenali pelanggan-pelanggan saya adalah sangat penting. Semasa dalam perbualan dan berkomunikasi secara terbuka dengan mereka, saya boleh mengenalpasti produk yang mungkin sesuai untuk mereka. Dengan cara ini saya dapat memahami apa sebenarnya yang mereka perlu.

Saya juga percaya bahawa pelanggan perlu dididik, sentiasa persistent dan sentiasa cuba untuk mengekalkan hubungan yang bagus dengan pelanggan dari masa ke semasa.

Penarafan: 

Lokasi: Ipoh, Perak

Agensi: Al Murshid Consultancy

Berkerja dengan AL Mushid Consultancy, Rahimi adalah penasihat kewangan Takaful sepenuh masa. Beliau dikenali oleh rakan-rakan sebagai seorang yang ramah. Dengan Rahimi, anda boleh harapkan penyelesaian yang jelas dan komunikasi tulus setiap masa.

Buat masa ini Rahimi menawarkan kad perubatan. Dan jika anda mencari sesuatu pelan yang spesifik seperti perlindungan peribadi, hospital dan pembedahan atau juga simpanan dan pelaburan, beliau sudah tentu ejen yang kami rasa anda patut kenali.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Rahimi

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Medical card. Ini Kerana kebanyakan prospek dan pelanggan saya cari produk ini lebih daripada produk-produk insurans lain yang saya jual.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya rasa semua orang dan bukan sahaja prospek, perlu memahami apa itu insurans. Saya mempunyai pelbagai jenis pelanggan. Ada yang mempunyai pemahaman yang bagus tentang produk yang mereka cari. Ada juga sekumpulan pelanggan saya yang tidak memahami dengan sepenuhnya tentang insurans. Mereka mungkin pernah dengar sedikit sebanyak tentang produk insurans tetapi masih kekurangan informasi.

Dan apabila mereka bertemu dengan saya, mereka tidak semestinya ingin membeli serta -merta, malah mereka mungkin mahu mengunakan nasihat dan informasi yang saya beri sebagai rujukan untuk belajar dengan lebih lanjut tentang sesebuah produk. Itu sememangnya bijak di pihak mereka dan saya sentiasa mengalakkannya.

 

 

5,147 total views, 6 views today

Spread the love
  • 15
    Shares
  • 15
    Shares