Ramai di antara kita, terutama pengguna yang mengutamakan penjimatan akan mencari insurans atau takaful kereta murah ketika tiba masa untuk membuat pembaharuan. Takaful adalah mandatori bagi setiap kenderaan bermotor di Malaysia. Walaupun selama ini perbandingan harga adalah tidak diperlukan memandang setiap syarikat menawarkan harga yang sama yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, keadaan ini berubah pada Julai 2017 setelah tarif insurans kenderaan dimansuhkan, atau dikenali sebagai liberalisasi tarif insurans kenderaan.

Di iBanding kami sentiasa mengkaji harga insurans dan takaful kenderaan yang ditawarkan setelah liberalisasi tarif untuk perbandingan dan telah pun berkongsikan keputusan di beberapa artikel kami. Kini dengan harga yang berbeza-beza, ianya lebih munasabah bagi pengguna untuk membuat perbandingan takaful dan insurans sebelum melanggan daripada mana-mana syarikat. Jadi, siapakah yang menawarkan insurans dan takaful kenderaan pada harga terendah?

Syarikat manakah menawarkan insurans dan takaful kenderaan pada harga terendah di Malaysia?

Bagi kebanyakan pengguna, takaful kenderaan yang paling sesuai bererti polisi pada harga terendah. Buat masa ini, tiada laman web yang menawarkan perkhidmatan perbandingan harga bagi insurans kenderaan di negara kita.

Secara alternatif, iBanding menawarkan perbandingan secara manual kepada para pembacanya yang ingin mencari tawaran insurans pada harga rendah. Anda boleh hubungi kami di mana kami akan membuat perbandingan bagi kenderaan anda secara percuma. Tetapi kerana perbandingan perlu dilakukan secara manual, serta jumlah permintaan yang agak tinggi, kami memerlukan masa sekurang-kurangnya sehari untuk memberikan jawapan.

Perlu bantuan perbaharui takaful kenderaan anda? Biar kami bantu.

Apa kata pengguna tentang iBanding

Kami telah lakukan ratusan perbandingan sepanjang perkhidmatan kami di mana dua syarikat kerap muncul sebagai syarikat yang menawarkan harga terendah bagi kebanyakan pengguna Malaysia. Kami menggunakan perkataan “kebanyakan” di sini kerana ianya satu perkara subjectif di mana ia bergantung kepada jenis pemandu. Berikut adalah dua jenis pemandu serta insurans termurah bagi mereka.

Takaful Termurah Bagi 2 Kategori Pemandu

Kategori pemandu 1: Pemandu Selamat serta Jarang Memandu

JIKA anda pemandu yang selamat serta jarang memandu, AXA FlexiDrive Telematics merupakan produk insurans yang termurah bagi anda. AXA akan menilai pemanduan anda setiap bulan dan menetapkan berapakah jumlah pengembalian wang tunai yang akan anda perolehi. Pada penghujung tahun, anda layak menerima wang tunai sehingga 20% daripada harga insurans anda. Ini adalah jumlah penjimatan yang tertinggi yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat di Malaysia pada masa ini.

Faktor positif di sini adalah kuasa penentuan jumlah penjimatan terletak di tangan anda. Di mana anda sendiri boleh menentukan jumlah penjimatan yang akan diperolehi melalui cara pemanduan anda. Ini berbeza dengan wang tunai yang diberikan oleh syarikat takaful secara rebat yang begantung kepada prestasi pencapaian kewangan syarikat tersebut tanpa kawalan anda.

Tidak kira bagaimana cara pemanduan anda sekalipun, tiadak caj tambahan akan dikenakan – walaupun jika anda pemandu kurang cermat.

Salah satu kelebihan tambahan bagi penggunaan Telematics adalah di mana pemandu akan mula memandu dengan lebih selamat kerana penjimatan yang diterima serta aplikasi telefon bimbit yang akan memberi maklum balas tentang sikap pemanduan anda.

Cara untuk dapatkan AXA FlexiDrive?

Untuk mendapatkan AXA FlexiDrive anda perlu mendapatkan insurans daripada AXA dan tetapkan masa memasang peranti Telematics pada kereta anda. Pemasangan peranti ini mengambil masa kurang dari 10 minit dan anda boleh meminta juruteknik datang ke lokasi anda untuk pemasangan, tanpa perlu pergi ke bengkel.

FlexiDrive bersama Telematics
daripada AXA

axa_logo_solid_rgb

cheapest car insurance by AXA

Kelebihan

+ laman web yang mudah digunakan dan diskaun 10% pembelian langsung
+ perolehan 20% wang tunai berdasarkan cara pemanduan
+ potensi mendapatkan 10-15% penjimatan walaupun bukan pemandu 100% selamat

Kelemahan

– tiada polisi takaful ditawarkan
– deposit permulaan sebanyak RM70 dikenakan yang akan dipulangkan

Kategori pemandu 2: Pemandu biasa yang inginkan polisi takaful

Takaful Malaysia telah secara konsisten menawarkan harga takaful kenderaan paling rendah bagi beberapa bulan semenjak perkhidmatan kami. Selain 10% diskaun pembelian langsung apabila anda membuat perbaharuan dalam talian, anda juga boleh mendapatkan pulangan tunai pada akhir tahun berdasarkan prestasi kewangan syarikat yang selama ini diberikan pada kadar 15%. Ini berdasarkan prinsip Mudharabah di mana keuntungan dikongsi bersama peserta takaful. Takaful bukanlah terhad kepada orang Islam semata-mata malah sesiapa sahaja boleh mencarun takaful.

Di samping kelebihan mendapatkan pulangan wang tunai, Takaful Malaysia juga menawarkan takaful Kemalangan Peribadi percuma bersama polisi takaful kenderaannya. Di mana sebagai pelanggan takaful kenderaan Takaful Malaysia, anda dan penumpang anda secara automatik akan menerima perlindungan kemalangan percuma. Takaful Malaysia mungkin adalah satu-satunya syarikat yang menawarkannya perlindungan ini secara percuma.

myMotor
by Takaful Malaysia

second cheapest car insurance by takaful malaysia

Kelebihan

+ laman web yang mudah digunakan dan diskaun 10% pembelian langsung
+ wang tunai (rebat) sehingga 15% jika tiada tuntutan dibuat
+ perlindungan Kemalangan Peribadi percuma

Kelemahan

–  tiada jaminan rebat 15% tetapi berdasarkan prestasi syarikat
– tiada ganjaran bagi pemandu selamat

Kesimpulan: Insurans dan Takaful Harga Terendah di Malaysia

  1. Axa Affin – Insurans kenderaan AXA FlexiDrive
  2. Takaful Malaysia – Takaful kenderaan myMotor

Perbezaan di antara insurans harga terendah dan insurans terbaik

Artikel ini hanya mengemukakan 2 syarikat yang sering muncul sebagai syarikat yang menawarkan produk insurans/ takaful kenderaan yang rendah dalam perbandingan harga yang kami lakukan. Seperti mana AirAsia yang menawarkan harga tiket kapalterbang yang murah, ia tidak bererti pengguna tidak lagi perlu membuat perbandingan. Di sini juga kami mengesorkan agar pembaca masih membuat sendiri perbandingan ketika ingin memperbaharui insurans kenderaan masing-masing.

Akan tetapi perlu kami ingatkan di sini, insurans termurah tidak semestinya merupakan jawapan terbaik bagi anda. Apabila berkatakan tentang syarikat insurans dan takaful kenderaan terbaik, kita juga mempertimbangkan beberapa faktor seperti perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan tuntutan, manfaat perlindungan dan lain-lain. Untuk ketahui syarikat yang bergelar syarikat insurans dan takaful terbaik di Malaysia klik di sini.

Ingin membuat perbandingan insurans dan takaful kenderaan? 

Jika anda ingin membuat perbandingan sebelum memperbaharui insurans kereta dalam talian, lihat Panduan Lengkap bagi Insurans Kenderaan kami. Kami menyenaraikan semua syarikat insurans dengan pautan ke platform penjualan insurans kereta secara dalam talian masing-masing.

13,630 total views, 19 views today

Spread the love