BNM akan mengeluarkan rangka kerja insurans penjagaan kesihatan ekoran kadar inflasi kos perubatan yang semakin meningkat dan kini berada di paras 12 peratus.

Gabenor BNM Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, kadar inflasi kos perubatan pada masa ini adalah amat tinggi dan satu pelan tindakan diperlukan untuk membendung keadaan ini.

Menurut beliau lagi, kadar purata tuntutan ke atas insurans perubatan meningkat sebanyak 14% setiap tahun.

Pada tahun lalu, tuntutan sejumlah RM 4.9bilion direkodkan berbanding RM2.6 bilion pada tahun 2015. Ini pula akan memberi tekanan terhadap premium insurans perubatan.

Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuklah permintaan terhadap penjagaan kesihatan yang lebih canggih dari golongan yang mampu, peningkatan populasi penduduk tua, penyakit kronik dan juga penyakit yang berpunca dari gaya hidup yang semakin berleluasa, kos ubatan yang semakin meningkat serta peningkatan kemajuan teknologi perubatan.

Walapun tiada jangka masa diberikan, tetapi beliau berharap agar ianya boleh ditangani secepat mungkin. Kerjasama diperlukan dengan pihak kerajaan dan juga sektor perkhidmatan perubatan bagi tujuan ini.

 

Laporan Marsh Insurance Broker tentang inflasi perubatan negara-negara Asia

Menurut laporan The Edge baru-baru ini, kadar inflasi perubatan negara ini dijangkakan akan meningkat ke 12.7% dari 11. 5% tahun lalu. Ini adalah berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Marsh Insurance Broker (M) Sdn Bhd.

Kadar peningkatan ini lebih pesat dari kadar purata 10.7% tahun lepas bagi negara-negara di Asia yang dijangkakan akan menurut ke 10.2% tahun ini.

Kaji selidik yang dijalankan pada bulan Mac tahun ini mengambil kira 63 negara di seluruh dunia termasuklah 11 negara Asia yang terdiri dari India, Indonesia, Filipina, China, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Malaysia adalah negara ketiga di mana kadar inflasi perubatan adalah yang tertinggi di kalangan 11 negara Asia ini setelah India (14%) dan Indonesia (13.1%).

 

inflasi perubatan

 

inflasi perubatan

Kadar inflasi perubatan Malaysia 2016 & 2017

 

 

 

3,217 total views, 8 views today