Kebanyakan di antara kita yang pernah buat tuntutan terhadap polisi insurans tidak mengalaminya. Tetapi bagi mereka yang pernah ditolak tuntutan mereka, tentu faham betapa mengecewakan dan lecehnya proses rayuan yang perlu mereka lalui.

 

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya tuntutan takaful ditolak:

1. Dapatkan penerangan jelas

Pihak pengendali takaful akan mengeluarkan surat rasmi dengan sebab-sebab penolakan. Jadi fahamkan sebab-sebab tuntutan anda ditolak. Jika anda mempunyai ejen, dapatkan keterangan lengkap daripada ejen anda. Jika anda tidak mempunyai seorang ejen, cara lain adalah dengan mendapatkan penerangan terus daripada pihak pengendali takaful anda.

 

2. Bolehkah anda membuat rayuan

Bolehkan rayuan dibuat? Dapatkan jawapan terus daripada ejen anda atau pihak pengendali takaful anda. Jika tuntutan anda ditolak atas sebab yang ringan seperti kekurang dokumen atau maklumat yang diberikan tidak lengkap, fahamkan apa yang perlu dilakukan. Dokumen dan maklumat apa yang tidak lengkap?

Untuk mengelakkan tuntutan atau rayuan ditolak, pastikan ejen anda periksa segala dokumen anda sebelum membuat tuntutan/ rayuan.

 

3. Hantarkan aduan atau pertikaian anda ke badan-badan tertentu

Jika anda sudah pun membuat rayuan tetapi tetap ditolak, atau anda merasakan penolakan tuntutan takaful anda atas alasan yang tidak dapat diterima, anda boleh mengemukakan rayuan terhadap LIAM, PIAM, Bank Negara Malaysia ataupun Ombudsman Perkhidmatan Kewangan.

PIAM – Persatuan Insurans Am Malaysia jika tuntutan anda adalah berkaitan takaful atau insurans am, seperti tuntutan kemalangan melibatkan kenderaan.

Bank Negara Malaysia – Bank Negara Malaysia melalui BNMLINK  dan BNMTELELINK, menyediakan perkhidmatan kepada orang awam dalam menyelesaikan masalah berhubung perbankan dan juga insurans.

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan – sebuah badan bebas yang menyelesaikan aduan dan pertikaian berkaitan perbankan dan tuntutan insurans dan takaful.

Setiap badan mempunyai syarat-syarat tersendiri dalam menerima aduan pengguna. Contohnya, bagi PIAM, aduan perlu dibuat dalam masa 6 bulan setelah mendapat keputusan/ penolakan akhir daripada pengendali takaful atau syarikat insurans.

Jadi pastikan anda fahami dengan jelas syarat-syarat sebelum mengemukakan aduan anda. Juga jangan berlengah-lengah dalam menyelesaikan isu tuntutan anda.

Untuk keterangan lanjut dan cara untuk menghubungi badan-badan yang disebut di atas, lihat di bawah.

 

4. Saman

Jika anda masih tidak mendapat keputusan yang anda inginkan, anda boleh membuat keputusan untuk menyaman syarikat takaful anda. Tetapi pastikan kes anda betul-betul kukuh dan anda berada di pihak yang benar. Kerana ini bukanlah satu proses yang mudah. Anda perlu mendapatkan perkhidmatan guaman dan bersedia menghadapi proses yang rumit dan panjang.

 

Maklumat perhubungan badan-badan yang disebut di atas untuk membuat aduan atau pertikaian:

 

Persatuan Insurans Am Malaysia

Level 3, Wisma PIAM
150 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur
Tel: (03) 2274 7395/9
Fax: (03) 2274 5910
Email: [email protected]

 

 

Bank Negara Malaysia – BNMTELELINK

(Pusat Perkhidmatan melalui telefon, faks, surat atau e-mel)

Bank Negara Malaysia
P.O. Box 10922
50929 Kuala Lumpur

Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
(Luar Negara: 603-2174-1717)
Faks: 603-2174-1515
E-mel: [email protected]
SMS : 15888

Waktu urusan: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)

 

Bank Negara Malaysia – BNMLINK

(Pusat Perkhidmatan Pelanggan bagi Pengunjung)

Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

Waktu Urusan: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)

 

tuntutan takaful ditolak

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan

Anda boleh hadiri sendiri ke alamat di bawah:

Tingkat 14, Blok Utama
Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur.

atau hantarkan aduan atau pertikaian anda ke alamat:

Unit Pengurusan Aduan
Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (664393P)
(dahulu dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan)
Tingkat 14, Blok Utama
Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur. ​

Untuk aduan melalui laman web, klik >sini<

 

Ejen yang berpengalaman dapat memudahkan proses tuntutan bagi pihak anda dan mungkin juga dapat membantu anda dalam membuat aduan jika tuntutan anda ditolak. Oleh itu, kami di sini sentiasa mengingatkan pembaca agar pastikan anda dapatkan ejen yang boleh diharapkan sebelum membeli produk insurans dan takaful anda. Untuk mendapatkan ejen dengan cara mudah, layari direktori ejen insurans dan takaful di sini.

32,402 total views, 8 views today

Spread the love
  • 23
    Shares
  • 23
    Shares