Anugerah Insurans Motor Terbaik Malaysia 2018

Anugerah Insurans Motor Terbaik Malaysia

2017 /2018

Pencarian syarikat insurans dan takaful kenderaan terbaik 

Syarikat insurans dan takaful kenderaan yang manakah yang terbaik?

Di antara bulan Oktober 2017 dan Januari 2018, lebih 8,600 rakyat Malaysia telah pun berkongsikan pengalaman mereka berkenaan insurans kenderaan mereka di dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh iBanding.com. Kaji selidik ini membolehkan kami di iBanding menganalisa setiap jawapan yang diterima bagi mengenal pasti syarikat insurans dan takaful terbaik di Malaysia, serta mengeluarkan penarafan (ranking) syarikat-syarikat yang menawarkan insurans dan takaful kenderaan berdasarkan tahap kepuasan pengguna terhadap mereka.

Dengan ini, kami dengan bangganya ingin mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Etiqa dan Syarikat Takaful Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) yang telah meraih Anugerah Insurans Terbaik Malaysia 2018. Anugerah ini diberikan setiap tahun kepada syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan sebagai pengiktifaran terhadap perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan kepuasan pengguna Malaysia.

Penarafan syarikat insurans dan takaful kenderaan memberi ketelusan kepada rakyat Malaysia dalam menentukan syarikat insurans mana yang menyediakan perkhidmatan terbaik. Terdapat lebih 20 syarikat yang menyediakan insurans kenderaan di Malaysia, jadi penarafahan ini dapat membantu pengguna membuat pemilihan bijak ketika membuat pembaharuan polis.

Kajian menunjukkan bahawa harga masih menjadi alasan utama pengguna memilih untuk beralih syarikat insurans. Walau bagaimanapun, liputan perlindungan insurans yang lebih baik juga menjadi semakin penting dan merupakan alasan kedua terpenting mengapa pengguna beralih syarikat. Selain itu, pengguna Malaysia juga mementingkan ciri-ciri seperti perkhidmatan tunda tanpa had semasa kerosakan jalanraya, gantian kereta semasa pembaikan atau insurans kemalangan diri percuma.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif iBanding Luke Roho, “Perkhidmatan yang disediakan, terutama jika dalam mengendalikan tuntunan adalah sangat penting. Inilah sebabnya mengapa Anugerah Insurans Motor dan penarafan ini mengambil kira tahap kepuasan dan pengalaman pengguna. Ini dapat membantu pengguna mengenalpasti syarikat manakah yang menyediakan perkhidmatan yang memuaskan. ”

Kategori: Takaful

Bagi kateogori takaful, Syarikat Takaful Malaysia meraih tempat pertama bersama Etiqa Takaful Bhd dengan 88 mata. Ini adalah kemenangan kali kedua bagi Syarikat Takaful Malaysia. Negara kita mempunyai empat buat pengendali takaful am yang menawarkan produk mengikut syariah.

2 Pemenang Terima Anugerah Bagi Kategori Takaful

Rank #1

takaful malaysia

Rank #1

etiqa takaful

Kategori: Insurans Konvensional

Bagi kategori insurans konvensional pula, sekali lagi Etiqa Insurance Bhd telah mendapat tempat pertama di antara 17 syarikat yang menawarkan insurans am konvensional di Malaysia. Pemenang tahun lepas bagi kategori ini, Allianz Malaysia Bhd pula mendapat kedudukan kedua.

Rank #1

Rank #2

Penyerahan Anugerah Motor Insurans Dan Motor Takaful Terbaik kepada Encik Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful

“Kami sangat teruja kerana dinamakan sebagai pemenang bagi kedua-dua anugerah berprestij ini, bukan sahaja untuk Insurans Motor, tetapi juga untuk Takaful Motor. Di Etiqa, kami sentiasa menyedari kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan terbaik, dan ini adalah penghormatan yang tertinggi diberikan oleh para pengguna. Kami akan meneruskan usaha untuk memastikan bahawa apabila anda berurusan dengan Etiqa ia adalah cepat dan mudah, sama ada melalui proses tuntutan, jualan atau perkhidmatan selepas jualan kami.”

Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful

Penyerahan Anugerah Motor Takaful Terbaik kepada Dato’ Sri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia

“Kami amat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai takaful motor pilihan utama negara untuk tahun kedua berturut-turut. Pengiktirafan ini menunjukkan pengguna bersetuju dengan produk takaful motor kami dan mengiktiraf jenama kami sebagai insurans pilihan utama. Memenangi anugerah ini untuk kali kedua berturut-turut memberikan kami kelebihan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan yang lebih tinggi di kalangan orang ramai. Ini adalah platform yang terbaik bagi kami untuk menguar-uarkan kepada semua pemilik kereta untuk berubah kepada Takaful Malaysia bagi menikmati faedah yang hebat serta pengalaman perkhidmatan pelanggan terbaik yang kami tawarkan.”

Dato’ Sri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia

Kedudukan syarikat-syarikat lain menurut kaji selidik

Terdapat lebih 20 syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia yang menawarkan polisi perlindungan kenderaan. Dengan kepelbagaian pilihan ini, ia menjadi agak sukar untuk mengenalpasti syarikat yang terbaik bagi diri. Dengan adannya penarafan syarikat tahunan iBanding, pengguna kini boleh menilai sendiri prestasi syarikat insurans dan takaful berdasarkan pandangan 8,600 pengguna yang menyertai kaji selidik ini.

Syarikat Insurans Motor Terbaik 2018

1. Etiqa 86Points
2. Allianz 82Points
3. MPI Generali 81Points
4. Tokio Marine 80Points
5. MSIG 79Points
6. Liberty 79Points
7. Axa Affin 77Points
8. AmGeneral & Kurnia 77Points
9. AIG Malaysia 77Points
10. Lonpac 75Points
11. Zurich 74Points
12. Berjaya Sompo 74Points
13. Great Eastern General 72Points
14. RHB 72Points
15. Tune 72Points
16. Pacific Insurance 70Points
17. Pacific & Orient 56Points

Pengendali Takaful Motor Terbaik 2018

1. Takaful Malaysia 88Points
1. Etiqa Takaful 88Points
1.Takaful Ikhlas 82Points
3. Zurich Takaful 76Points

Apakah Anugerah Insurans Motor?

Anugerah Insurans Motor adalah pengiktirafan tahunan yang dianjurkan oleh iBanding, sebuah syarikat bebas di Malaysia yang menyampaikan maklumat industri insurans yang telus kepada pengguna. Anugerah ini diberikan kepada  syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan yang terbaik berdasarkan kaji selidik tahunan yang dijalankan.

Anugerah ini diumumkan sekali bersama penarafan syarikat-syarikat insurans di Malaysia dengan tujuan untuk memperkasa pengguna dengan maklumat yang berguna dalam mereka memilih syarikat yang bersesuaian bagi diri mereka.

Muncul di

Apakah Kepentingan Anugerah Insurans Motor dan Bagaimana Ianya Berguna?

Sejak pelaksanaan liberalisasi tarif insurans kenderaan pada Julai 2017, harga insurans kereta tidak lagi dikawal oleh Bank Negara Malaysia seperti mana yang berlaku selama lebih 30 tahun. Dengan liberalisasi tarif, syarikat insurans sudah pun mula menentukan harga produk insurans kenderaan masing-masing. Harga yang berlainan dan produk yang semakin Ini membuatkan perbandingan bukan sahaja harga, tetapi perkhidmatan yang ditawarkan menjadi lebih  kritikal bagi pengguna.

Pengguna kini boleh membuat perbandingan harga di laman sesawang syarikat insurans masing-masing. Lebih 10 syarikat yang menyediakan perkhidmatan sebutharga dan pembelian polisi insurans kenderaan di talian.

Akan tetapi pengguna tidak ada cara untuk membandingkan mutu perkhidmatan syarikat. Inilah salah satu sebab iBanding menjalankan kaji selidik tahunan untuk mendapatkan pandangan dan pengalaman pengguna sebenar.

Anugerah ini bukan suatu cadangan atau pengesyoran. Sebaliknya ia berkongsi maklumat berdasarkan pengalaman pengguna yang menyertai kaji selidik tahunan kami.

Bagaimana penarafan dilakukan?

Penarafan (ranking) syarikat adalah berdasarkan mata yang diberi mengikut beberapa faktor, termasuk mutu perkhidmatan pelanggan, kepuasa pelanggan terhadap proses dan perkhidmatan semasa tuntutan, dan jumlah tahun bersama syarikat tersebut.

Anugerah ini tidak dianjur atau dibiayai oleh mana-mana syarikat insurans atau pengendali takaful untuk memastikan keputusan yang telus dan bebas.

Mengapakah bukan semua syarikat disenaraikan?

Tidak semua syarikat yang disenaraikan di dalam senarai penarafan syarikat kerana sesetangah syarikat tidak mendapat jumlah penyertaan yang mencukupi bagi memberikan perwakilan yang adil.

Bagaimanakah boleh saya membuat perbandingan harga insurans?

Buat masa ini, tiada cara yang mudah dan efektif bagi pengguna membuat perbandingan harga bagi kesemua 26 syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia. Perbandingan boleh dibuat melalui laman sesawang syarikat masing-masing. Untuk panduan sila rujuk artikel ini untuk dapatkan NCD kenderaan anda dan buat perbandingan harga seperti yang telah kami lakukan di sini.

16,576 total views, 222 views today

Spread the love
  • 1.6K
    Shares
  • 1.6K
    Shares

Trackbacks for this post

  1. […] Anugerah Motor 2017/18 […]

  2. […] Anugerah Motor 2017/18 […]

Leave a Comment