About Agent Spotlight

Klik di sini untuk versi Melayu

Agent Spotlight is a special column where we feature Malaysian insurance agents who have delivered exceptional service to their customers. We share their background stories and ask for advice on how Malaysians can protect themselves better against accidents and illness.

This month we interviewed Salasiah  from Kuala Lumpur. She shares with us her story, what made her decide to become a insurance agent and what Malaysians should watch out in their insurance policies.

Name: Salasiah Mohamed
Location: Kuala Lumpur

 

iBanding: Tell us a little bit about your background?

Salasiah:I worked in the airline industry as a flight attendant for 6 years with Malaysia Airlines. After resigning from the airline industry, I started my own landscaping business. I was doing well until I had to stop my business and had to spend most of my time with my daughter, who was having a severe hearing loss. While attending to my special needs daughter, I was also involved in a voluntary job as a teacher to special needs children at the same school where my daughter attended.

 

iBanding: How long have you been in the insurance industry?

Salasiah:I have been in the insurance industry for almost 2 years now. I still have a long way to go in this industry.

 

iBanding: What is your insurance specialty and your focus in insurance?

Salasiah:I am focusing on Takaful insurance and my specialty is medical insurance and life protections.

 

iBanding: What made you choose insurance as your career?

Salasiah:I love communicating with people and I want to ensure that they are fully protected by Takaful for a better future for them and their beloved family. Should anything bad happen to them, at least they have the fund to continue their normal lives with their beloved family.

 

iBanding: In your opinion, what are the biggest mistakes Malaysians make in buying insurance?

Salasiah: The biggest mistake is that they don’t really know the basic and medical coverage they are getting from the insurance company and they prefer buying a cheaper plan. Once they bought the insurance, they think they have sufficient coverage or protection. Most Malaysians are under-insured because the lack of awareness about the needs of insurance coverage.

 

iBanding: For car insurance, what are the most common mistakes Malaysians make during an accident?

Salasiah: I think, it is that they don’t go straight to the police station to make a report on the incident.

 

iBanding: What is your secret of success?

Salasiah:I am on my way to be a successful insurance agent. I just love being an insurance agent and I am really committed doing this great job. I believe the secret of success is to love what you are doing, fully committed and to be disciplined, those are  the most important keys and the road to be a successful person.

 

iBanding: What is the most challenging situation you have to overcome as an insurance agent?

Salasiah: The most challenging situation that I have to overcome as an insurance agent is trying to instill the importance of insurance / Takaful in people, especially at this current economic situation.

 

iBanding: What are the biggest problems or challenges you face as an agent at the moment?

Salasiah: It is to educate people of the importance of insurance / Takaful and to get protections as a basic need in life because most people still prefer having a good investment rather than getting a solid medical protections.

 

iBanding:  Where do you think the insurance industry is heading next year? Where do you think it is heading 5 years from now?

Salasiah: With the current economic situations, I think the insurance industry will grow from slow to moderate pace because people are getting more aware of the importance of medical protections. In 5 years from now, the insurance industry will head to a higher growth as the increasing of the awareness and also aligned with the economic growth.

 

 

Sorotan Ejen

Sorotan Agen memaparkan ejen-ejen Takaful & Insurans yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan-pelanggan mereka. Kami kongsikan kisah latar belakang mereka dan minta nasihat bagaimana rakyat Malaysia boleh melindungi diri dengan lebih baik dengan insurans dan takaful di dalam kes-kes kemalangan dan penyakit.

Bulan ini kami menemubual Salasiah Mohamed dari Kuala Lumpur. Beliau berkongsi cerita beliau dengan kami, apa yang membuat beliau memutuskan untuk menjadi ejen insurans dan apa yang rakyat Malaysia patut perhatikan dalam polisi insurans mereka.

Nama: Salasiah Mohamed

Lokasi:  Kuala Lumpur

 

iBanding: Ceritakan sedikit tentang latar belakang Puan.

Salasiah: Saya pernah bekerja dengan Malaysia Airlines sebagai pramugari selama 6 tahun. Setelah saya berhenti dari situ saya membuka syarikat landskap sendiri. Bisnes berjalan lancar sehinggalah saya terpaksa berhenti untuk menjaga anak perempuan saya yang mengalami kehilangan pendengaran. Sementara menjaga anak saya, saya juga bekerja sebagai guru secara sukarela di sekolah khas yang ditandang oleh anak saya.

 

iBanding: Sudah berapa lamakah Puan berkecimpung di dalam industri Takaful ini?

Salasiah: Sudah hampir 2 tahun, masih jauh lagi perjalanan dalam industri ini.

 

iBanding: Apakah kepakaran dan fokus Puan?

Salasiah: Fokus saya terhadap perlindungan perubatan dan takaful hayat.

 

iBanding: Mengapa Puan memilih insurans sebagai kerjaya?

Salasiah: I suka berkomunikasi dengan orang ramai. Dan saya ingin pastikan mereka dilindungi Takaful untuk kepentingan masa hadapan mereka dan keluarga mereka. Jika sesuatu yang tidak diingini menimpa mereka, sekurang-kurangnya keluarga mereka dapat meneruskan kehidupan mereka.

 

iBanding: Apakah kesilapan terbesar dilakukan oleh pengguna Malaysia dalam membeli insurans?

Salasiah:  Kesilapan terbesar yang pengguna lakukan ialah mereka tidak faham asas takaful dan jenis perlindungan yang mereka miliki. Mereka juga gemar membeli pelan yang murah. Setelah itu mereka bertanggapan perlindungan mereka mamadai. Kebanyakan pengguna Malaysia adalah dibawah perlindungan sebenar disebabkan oleh kurangnya kesedaran mengenai insurans dan takaful.

 

iBanding: Bagi insurans kenderaan, apakah kesilapan lazim rakyat Malaysia terutamanya ketika kemalangan?

Salasiah: Bagi saya, mereka selalu melakukan kesilapan di mana mereka tidak pergi terus ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan.

 

iBanding: Apakah rahsia kerjaya anda?

Salasiah: Saya masih dalam perjalanan bakal menjadi ejen insurans yang berjaya. Saya amat gemar sekali dengan kerjaya ini dan saya sangat komited melakukannya dengan baik. Bagi saya rahsia kejayaan bagi sesuatu pekerjaan perlulah betul-betul menggemari pekerjaan itu, komited dengan sepenuh hati dan berdisiplin. Itu kunci kejayaan dan jalan bagi seseorang yang berjaya.

 

iBanding: Apakah situasi yang paling mencabar pernah anda hadapi sebagai ejen insurans?

Salasiah: Keadaan yang paling mencabar saya hadapi sebagai ejen insurans ialah dalam menyakinkan pelanggan pentingnya insurans dan Takaful, terutama sekali dalam keadaan ekonomi yang sedia ada.

 

iBanding: Apakah cabaran terbesar yang Puan hadapi sebagai ejen hari ini?

Salasiah: Menyedarkan pengguna tentang kepentingan insurans dan Takaful dan meyakinkan mereka agar mendapatkan perlindungan sebagai asas keperluan.  Ramai yang masih utamakan pelaburan dan abaikan perlindungan perubatan.

 

iBanding: Ke mana Puan rasa arah tuju industri insurans tahun hadapan? Dan bagaimana pula arah tujunya 5 tahun dari sekarang.

Salasiah: Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya rasa industri takaful dan insurans akan mengalami peningkatan kerana ramai semakin sedar kepentingannya terutama perlindungan perubatan. 5 tahun dari sekarang pula, industri ini akan mengalami peningkatan yang lebih tinggi sejajar dengan perkembangan ekonomi.

 

 

11,691 total views, 70 views today