Sorotan Ejen

Sorotan Ejen kembali lagi setelah lama menghilang. Ruang ini memaparkan ejen-ejen takaful & insurans terbaik yang berdaftar di dalam direktori ejen kami. Mereka dipilih atas kesediaan mereka dalam sentiasa memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan-pelanggan mereka. 

Bulan ini kami menemubual Mohd Azrul Hisyam Azmi dari Petaling Jaya, Selangor. Jom kita kenali Encik Azrul dengan lebih dekat di sini.

Name: Mohd Azrul Hisyam Azmi
Location: Petaling Jaya

 

iBanding: Encik Azrul, terima kasih kerana sudi sertai kami dalam ruangan Sorotan Ejen. Boleh ceritakan sedikit tentang latar belakang saudara?

Azrul: Sama-sama. Saya mempunyai ijazah dalam bidang perakaunan dan saya berpengalaman sebagai Internal Auditor selama 6 tahun. Saya juga mempunyai sijil akauntan bertauliah.

 

iBanding: Mengapa pula daripada seorang akauntan bertauliah saudara bertukar ke bidang insurans?

Azrul: Bagi saya, ejen insurans merupakan pekerjaan yang mulia di mana kita dapat membantu masyarakat yang memerlukan. Kesedaran itu timbul dan saya mengambil keputusan untuk menjadi ejen dan menyebarkan kebaikan tentang insurans terutama life & medical (takaful keluarga dan perubatan).

 

iBanding: Apa yang membuatkan saudara Azrul tertarik dengan bidang ini? Apa pula faktor yang membuatkan saudara terus kekal di dalam kerjaya ini?

Azrul: Saya tertarik dengannya kerana saya dapat membantu ramai orang yang memerlukan nasihat dan perlindungan, disamping kerjaya yang fleksibel dan tiada had pendapatan.

 

iBanding: Dan sudah berapa lama saudara berkecimpung dalam bidang ini?

Azrul: 6 bulan sebagai part time ejen dan sudah 3 tahun sebagai full time agent.

 

iBanding: Pada pendapat saudara Azrul, apa agaknya sebab utama mengapa rakyat Malaysia masih kurang kesedaran tentang kepentingan insurans?

Azrul: Daripada apa yang saya lihat, rakyat malaysia masih lagi kurang pendidikan terhadap insurans dan takaful. Mereka hanya mendengar bahawa insurans merugikan dan penipu.

 

iBanding: Bagaimana pula dengan respon generasi Y kini terhadap keperluan insurans? Adakah persepsi terhadap insurans mula berubah?

Azrul: Kebanyakan gen-Y masih kurang faham tentang insurans dan takaful, dan masih mengganggap ianya sebagai satu beban kepada mereka.

 

iBanding: Pada pendapat saudara Azrul, apa yang perlu diubah agar pengguna lebih bersikap terbuka tentang kepentingan insurans?

Azrul: Bagi saya, ejen perlu memainkan peranan yang penting supaya kebaikan insurans dapat diberikan dan tidak membuatkan pengguna salah anggap.

 

iBanding: Bagaimana cara yang paling berkesan bagi ejen untuk memainkan peranan mereka dalam membimbing pengguna dalam aspek ini?

Azrul: Ejen perlu memberikan maklumat yang tepat dan berkesan untuk mendidik pengguna tentang kebaikan dan kelebihan insurans.

 

iBanding: Apakah kesilapan yang sering dilakukan pengguna Malaysia yang melibatkan insurans?

Azrul: Dari pengalaman dan pemerhatian saya, mereka mengambil insurans yang tidak mengikut keperluan mereka.

 

iBanding: Boleh saudara Azrul terangkan sedikit?

Azrul: Pengguna lebih mementingkan bajet daripada mementingkan coverage yang diperlukan oleh mereka.

 

iBanding: Akhir sekali, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang ejen yang berjaya?

Azrul: Bagi pendapat saya, perlu rajin, bertanggungjawab, jujur, serta memberikan khidmat selepas jualan yang terbaik.

 

 

 

3,781 total views, 5 views today

Spread the love
  • 24
    Shares
  • 24
    Shares