About Agent Spotlight

Agent Spotlight is a special column where we feature Malaysian insurance agents who have provided exceptional service to their customers. We share their background stories and ask for advice on how Malaysians can protect themselves better against accidents and illness.

This month we have interviewed Mior Muhamad Hafiz from Kamunting. He shares with us his story, how he decided to become a Takaful agent and what Malaysians should watch out in their Takaful.

Tell us about your background?

I am a food technologist by profession and more of a science-guy. I started to open my eyes for Takaful 2 years ago when ‘something’ happened to me. That was my turning point.

I had for a long time a migraine and the doctors recommended to go for MRI scanning. The waiting period to get a MRI scan at the government hospital was 4 months due to some technical problem the hospital was facing. This is very long, considering when you feel sick and have a problem.

Luckily, I had a medical card. With the medical card I could go to a specialist hospital in Sabah to get the MRI scan done within a few days. I was warded one day at the hospital. The total cost was RM 6,000 paid by the medical card from my Takaful. The diagnosis was shocking. I was diagnosed with Brain Tumor. I now had to make the decision with my family to go for surgery or not. After long thought, I did not go for surgery, but started immediately with medication in the hope that the growth of the brain tumor will stop.

Now, after two years the brain tumor did not grow, but actually shrank. An early diagnosis was important, because the earlier it can be found, the earlier the treatment can begin. With the medical card I had faster access to the MRI scan and more choices on treatment.

How long have you been in the Takaful industry?

This coming November 2016, exactly 1 year. Happy birthday to me.

What is your Takaful specialty and your focus in Takaful?

I’m in Family Takaful. I educate people the importance of having Takaful in their daily lives.

What made you choose Takaful as your career?

I was ‘tested’ by God with a sickness. People said we don’t really need Takaful because we have government hospital to go to if we’re sick. My goodness, they could have never been so wrong. This perception of Takaful really needs to be changed, and I want to be the one to change it.

What are the biggest mistakes Malaysians make in buying Takaful?

They take it for granted. They let their agent “Give me a plan most people buy” or “I leave it to you, just customize me a plan you think suitable for me with minimum budget”

This is the biggest mistake. This is the reason why many Malaysians are under-insured. After I was diagnosed with brain tumor, I realized that my medical cover was too low. I started to review my policy in detail and realized that the minimum is not good enough. Since then changed my medical Takaful with another company and increased the Takaful with higher annual limit. I learned from my own experience.

For car Takaful, what are the most common mistakes Malaysians make during an accident?

The most common mistake during and accident is that the person brings their car to a non-panel workshop for repair. Bringing the car to a non-panel workshop creates a lot of problems making the time for repair long and difficult. It is important to bring the car to a panel workshop after the accident.

What is your secret of success?

Consistency and persistency. I keep on promoting Takaful everyday on social media, although some of my friends didn’t like it. hahaha. who does?

What is the most challenging situation you have to overcome as an Takaful agent?

This misconception of Takaful and Insurance and also answering all the queries when something about “Takaful didn’t pay my claim” gone viral.

What are the biggest problems or challenges you face as an agent at the moment?

The biggest challenge is the people’s mindset. People don’t think that Takaful is important when they are healthy, until it’s too late.

Also the false believe that Takaful is only for Muslim. Conventional Insurance only benefits you in this lifetime. The concept of Takaful goes beyond your life. You not only insure yourself, but you provide benefits to your community after your Life. Conventional insurance does not have that social feature. Non-Muslim people can also join Takaful.

Where do you think the Takaful industry is heading next year? Where do you think it is heading 5 years from now?

Takaful will be a booming industry. More people will realize the importance of it. Plans offered by rival companies will be so competitive

We thank Mior Muhammad Hafiz for the time and widsom he shared with us. If have questions or would like to talk to him for more information on Takaful. You can contact him below or check out his directory listing Mior Muhamad Hafiz.

 Contact Mior Muhamad Hafiz

 

 

Sorotan Agen: Mior Muhamad Hafiz

Mengenai Sorotan Agen

Sorotan Agen ialah ruangan istimewa di mana kami memaparkan agen-agen insurans di Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan-pelanggan mereka. Kami kongsikan kisah latar belakang mereka dan minta nasihat bagaimana rakyat Malaysia boleh melindungi diri dengan lebih baik daripada kemalangan dan penyakit.

Bulan ini kami telah menemubual Mior Muhamad Hafiz dari Kamunting. Dia berkongsi kisahnya dengan kami, bagaimana dia membuat keputusan untuk menjadi seorang agen Takaful dan apa rakyat Malaysia perlu perhatikan pada polisi Takaful mereka.

Ceritakan mengenai latar belakang anda?

Profesion saya ialah seorang ahli teknologi makanan dan saya sukakan sains. Saya mula membuka mata mengenai Takaful 2 tahun lalu apabila “sesuatu” terjadi kepada saya. Itulah titik permulaannya.

Saya mengalami migrain yang panjang dan doktor menyarankan saya untuk membuat imbasan MRI. Tempoh menunggu giliran untuk membuat imbasan MRI di hospital kerajaan ialah 4 bulan disebabkan masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak hospital. Ini satu tempoh yang amat lama, apabila anda merasa sakit dan mempunyai masalah.

Nasib saya baik, saya mempunyai kad perubatan. Dengan kad perubatan, saya boleh pergi ke hospital pakar di Sabah untuk mendapat imbasan MRI dalam masa beberapa hari sahaja. Saya dimasukkan ke wad selama sehari. Jumlah kos sebanyak RM 6,000 dibayar dengan menggunakan kad perubatan daripada Takaful saya. Keputusan ujian amat memeranjatkan. Saya disahkan mempunyai Tumor Otak. Pada masa itu, saya bersama keluarga terpaksa membuat keputusan samada ingin dibedah atau tidak. Selepas berfikir panjang, saya mengambil keputusan tidak mahu dibedah, tetapi segera mengambil rawatan perubatan dengan harapan pertumbuhan tumor di dalam otak akan terhenti.

Kini, selepas dua tahun, tumor tersebut tidak membesar, malah ianya mengecut. Pengesanan awal amat penting, kerana lebih awal ianya dijumpai, lebih awal ia boleh dirawat. Dengan kad perubatan, saya dapat membuat imbasan MRI dengan segera dan lebih banyak pilihan untuk rawatan.

Telah berapa lamakah anda berada di dalam industri Takaful?

Cukup 1 tahun pada November 2016 ini. Selamat ulangtahun pada saya.

Apakah keistimewaan Takaful anda dan fokus anda dalam Takaful?

Saya di dalam bidang Takaful Keluarga. Saya mendidik orang ramai tentang pentingnya mempunyai Takaful di dalam kehidupan seharian mereka.

Apa yang membuat anda memilih Takaful sebagai kareer anda?

Saya telah diuji oleh Tuhan dengan penyakit. Orang ramai mengatakan mereka tidak perlu Takaful kerana kita mempunyai hospital kerajaan yang boleh kita pergi apabila sakit. Oh tuhanku, itu satu anggapan salah yang pernah mereka lakukan. Persepsi ini terhadap Takaful perlu diubah, dan saya ingin menjadi orang yang mengubahnya.

Apakah kesilapan besar yang rakyat Malaysia lakukan dalam membeli Takaful?

Mereka ambil mudah tentangnya. Mereka biarkan ejen mereka “berikan pelan yang sering dibeli oleh orang lain” atau “saya serahkan pada anda, hanya ubahsuai satu pelan yang anda rasa bersesuaian dengan bajet minima”.

Inilah kesilapan yang paling besar. Inilah sebabnya kenapa ramai rakyat Malaysia dilindungi dengan jumlah yang kurang. Selepas saya dikesan mempunyai tumor otak, saya telah sedar bahawa perlindungan perubatan saya terlalu sedikit. Saya mula menyemak polisi saya dengan terperinci dan sedar yang jumlah minima tidak cukup baik. Sejak itu saya menukar Takaful perubatan saya dengan syarikat lain dan menambah Takafulnya dengan had tahunan yang lebih tinggi. Saya belajar daripada pengalaman saya sendiri.

Untuk Takaful kenderaan, apakah kesilapan yang sering rakyat Malaysia lakukan semasa berlaku kemalangan

Kesilapan biasa yang sering dilakukan semasa kemalangan ialah pemilik membawa kereta ke bengkel bukan panel untuk dibaiki. Membawa kereta ke bengkel yang bukan panel menimbulkan banyak masalah, menjadikan tempoh untuk dibaiki lebih lama dan sukar. Adalah penting untuk membawa kereta itu ke bengkel panel selepas berlakunya kemalangan.

Apakah rahsia kejayaan anda?

Ketekalan dan ketegaran. Saya terus mempromosikan Takaful setiap hari di media sosial, walaupun sesetengah rakan-rakan saya tidak menyukainya. Hahaha. Siapa suka?

Apakah situasi yang paling mencabar yang perlu anda atasi sebagai seorang agen Takaful?

Tanggapan salah mengenai Takaful dan insurans dan juga menjawab semua soalan apabila sesuatu mengenai “Takaful tidak membayar tuntutan saya” menjadi viral.

Apakah masalah atau cabaran yang paling besar anda hadapi sebagai agen pada masa kini?

Cabaran paling besar ialah pemikiran orang ramai. Orang ramai tidak merasakan yang Takaful ini penting apabila mereka sihat, sehingga ianya sudah terlambat. Juga kepercayaan yang salah bahawa Takaful hanya untuk Muslim. Insurans konvensional hanya bermanfaat bagi anda dalam kehidupan ini. Konsep Takaful melebihi kehidupan anda. Anda bukan hanya melindungi diri sendiri, tetapi anda memberi manfaat kepada komuniti anda selepas kehidupan anda. Insurans konvensional tidak mempunyai ciri-ciri sosial ini. Orang bukan Muslim juga boleh menyertai Takaful.

Pada pendapat anda, ke mana arah tuju industri Takaful tahun hadapan? Ke mana anda rasa arah tujunya 5 tahun dari sekarang?

Takaful adalah industri yang sedang giat meningkat naik. Lebih ramai orang akan sedar kepentingannya. Pelan-pelan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang bersaing akan menjadi lebih kompetitif.

 

Kami mengucapkan terima kasih kepada Muhammad Hafiz yang sudi meluangkan masa dan berkongsi kearifannya dengan kami. Jika anda ada soalan atau ingin berbual dengan beliau untuk lebih maklumat mengenai Takaful, anda boleh menghubungi beliau dengan pautan di bawah atau lihat senarai direktori Mior Muhamad Hafiz.

 Contact Mior Muhamad Hafiz

 

 

386 total views, 6 views today