Jika anda seorang dewasa, anda perlu bertanyakan beberapa soalan pada diri anda sekarang juga:

  • Adakah anda bersedia untuk persaraan?
  • Adakah anda membuat perancangan untuk persaraan anda?

Ramai di kalangan dewasa rakyat Malaysia yang masih tidak menghiraukan isu ini. Mereka tidak langsung membuat perancangan persaraan serta tidak menyedari kepentingannya dalam menjamin masa depan yang tenteram. Kebanyakan mereka menganggap bahawa caruman KWSP mereka sudah mencukupi untuk menampung segala keperluan di hari tua.

Jika anda juga mempunyai tanggapan yang sama selama ini, artikel ini mungkin dapat memberi sedikit pencerahan terhadap isu ini.

 

Rakyat Malaysia tidak bersedia menghadapi hari tua!

Menurut satu keterangan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2016, 33% penduduk Malaysia ‘sangat bimbang’ dengan keadaan kewangan mereka apabila mencapai usia tua, manakala baki 59% pula ‘agak bimbang’.

Walau bagaimanapun, jelas kebimbangan mereka tidak cukup untuk mereka melakukan apa-apa perubahan. Menurut sebuah kajian oleh Bank Negara Malaysia dalam tahun 2015, lebih 75% rakyat Malaysia tidak mampu untuk sediakan wang walaupun sebanyak RM1,000 di kala kecemasan.

 

Pergantungan terhadap simpanan KWSP

Sebilangan besar penduduk Malaysia bergantung sepenuhnya terhadap simpanan di dalam tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka bagi segala keperluan di zaman persaraan mereka. Ini bukan sahaja satu tindakan yang kurang bijak, malah banyak risikonya.

Menurut lapuran International Pension Papers oleh Allianz yang diterbitkan dalam tahun 2015, penunjuk Retirement Income Adequacy (Kecukupan Pendapatan Persaraan) mereka – yang mana menbandingkan 49 negara di seluruh dunia mengikut potensi penyediaan pendapatan persaraan yang memadai, menunjukkan caruman oleh KWSP adalah di antara yang terendah, iaitu di tangga ke-47.

retirement

Retirement Income Adequacy (RIA) (Sumber: Allianz International Pensions 2015)

 

Mulai Januari 2017, KWSP telah menganggarkan bahawa untuk menjamin cara hidup yang mampan sehingga usia 75, ahli mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya RM228,000 di dalam tabung simpanan KWSP mereka ketika umur 55 tahun. Ini satu kenaikan daripada angka yang dianggarkan sebelumnya iaitu RM196,800. Apa yang menyedihkan ialah pada hakikatnya, hanya 21% ahli KWSP yang berjaya mencapai jumlah simpanan ini.

Untuk makluman pembaca, angka RM 228,000 itu adalah anggaran pengeluaran bulanan sebanyak RM950 bagi keperluan persaraan mereka sehingga usia 75 tahun, yang sejajar dengan jangka hayat penduduk Malaysia.

 

Realiti sebenar hari ini – statistik membimbangkan

Dengan kos perubatan yang semakin melambung tinggi (12.7% dijangkakan bagi 2017), jangka hayat penduduk Malaysia yang meningkat (daripada 72.1 tahun pada 2010 ke 74.6 pada 2015 dan 74.8 pada 2017), matawang tempatan yang semakin lemah dan kos sara hidup yang tinggi, cukupkah RM950 untuk menampung segala keperluan kita untuk sebulan?

Menurut KWSP, bagi tahun 2015, 68% keahliannya memiliki simpanan kurang daripada RM50,000. Dengan jumlah ini, cukupkah untuk bertahan selama 20 tahun jika ia satu-satunya sumber kewangan bagi hari tua kelak?

Jawapannya? KWSP menyatakan bahawa 50% pesara menghabiskan semua wang simpanan KWSP mereka dalam jangka masa 5 tahun setelah bersara.

Menurut KWSP lagi, lebih daripada 50% penduduk Malaysia tidak langsung memiliki sebarang aset kewangan. Manakala 1 dalam setiap 3 rakyat tidak pun memiliki akaun simpanan bank.

 

Berapakah jumlah yang perlu saya miliki untuk bersara?

Jadi berapa banyakkah jumlah simpanan yang perlu kita miliki untuk bersara? Berapakah jumlah wang yang kita perlukan untuk menampung kehidupan selama 10 – 20 tahun setelah persaraan? Kami telah dapatkan beberapa pendapat pakar dalam menjawab persoalan ini.

 

Justin Nevis

“Kerana ramai yang habikan semua simpanan KWSP mereka katika usia 60 tahun, rakyat Malaysia perlu punyai sekurang-kurangnya RM 1 juta di dalam simpanan mereka ketika bersara pada 55 tahun. Angka ini mengambil kira faktor inflasi yang meningkat,” kata Justin, seorang Senior Financial Consultant daripada Kuala Lumpur.

“Dua pelan perlindungan insurans yang ideal dimiliki ialah pelan perubatan penyakit kritikal dan kad perubatan untuk menamping kos perubatan yang tinggi serta inflasi perubatan yang meningkat sebanyak 10 – 12% setahun. Jenis pelaburan lain yang boleh mereka pertimbangkan ialah mutual fund, saham pelaburan yang boleh dijual balik dan sewa bagi hartanah yang telah habis dibayar. Ketiga-tiga yang disebut cukup untuk bertahun sehingga usia 75 tahun dengan gaya hidup yang sederhana,” tambah Justin.

 

 

retirement

Adeline Ong

Menurut Adeline, setiap orang yang bersara perlu memiliki sekurang-kurangnya RM 1 juta di dalam akaun simpanan KWSP mereka. “Ini dengan anggapan bahawa mereka sudahpun mempunyai rumah dan kereta yang sudah habis dibayar serta keperluan perbelanjaan bulanan sebanyak RM1,500 bagi 20 tahun setelah persaraan.

Walaupun jumlah keseluruhan hanya RM18,000 setahun dan RM360,000 bagi jangka 20 tahun, tapi setelah memasukkan faktor inflasi, jumlahnya jauh berbeza,” mernurut Adeline.

“Saya juga mengesyorkan agar melabur dalam unit trust. Kadar pulangannya lebih tinggi berbanding insurans hayat. Faedah kompaunnya juga memberikan pulangan yang lumayan. Walaupun ramai yang akan galakkan pelanggan agar membeli insurans hayat, pengguna perlu sedari bahawa fungsi insurans hayat lebih kepada perlindungan. Ia tidak wajar digunakan sebagai pelaburan,” tambah Adeline.

 

Mengapa perlu mula menabung sejak awal?

Tiada istilah terlalu awal untuk mula menabung, ini antara sebabnya:

1.  Memupuk tabiat menabung – Tabiat menabung bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya. Ia perlu dipupuk sejak muda. Jika anda sudah biasa membelanjakan semua wang anda ketika muda, harapan untuk tiba-tiba minat menabung ketika usia 45 adalah tipis sekali.

2. Capai kebebasan kewangan pada usia muda – Siapa yang tidak mahu capai matlamat ini? Jadi lebih awal mula menabung, lebih besar kemungkinan tercapainya matlamat ini.

3. Faedah kompaun bererti lebih besar jumlah simpanan – Inilah cara untuk gunakan wang bagi hasilkan lebih banyak wang. Faedah yang diperoh dapat dilaburkan semula.

 

Mahu mula rancang bagi persaraan anda? Dapatkan nasihat pakar di sini.

7,072 total views, 10 views today

Spread the love
  • 107
    Shares
  • 107
    Shares