Di iBanding, kami gemar membantu anda membuat keputusan yang terbaik dengan menyediakan pengetahuan insuran yang betul. Tambahan pula, terdapat ejen insuran yang berdedikasi di seluruh Malaysia yang turut membantu untuk mempercepatkan usaha kami.

Kami berhasrat untuk mencipta gambaran keseluruhan industri insurans yang telus, membantu anda berhubung dengan ejen insurans yang terbaik dan berdekatan dengan anda.

Jadi minggu ini kami ingin memperkenalkan 4 ejen insurans yang terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor.

Baca pendapat jujur ​​dan maklum balas daripada pelanggan-pelanggan mereka. Juga disini ketahuilah setiap kepakaran mereka dalam bidang insurans.

Penarafan:

Agensi: Al’ Isra Associates

Lokasi: Petaling Jaya, Selangor

Syafig khususnya menawarkan perkhidmatan Kewangan Islam. Beliau bertekad untuk menyediakan penyelesaian Takaful yang lancar dan cekap kepada pelanggannya.

Sebagai individu yang berjaya, pelanggan menganggap Syafig seorang yang teliti dan sangat bersemangat untuk memastikan kesempurnaan.

Kini bekerja di Petaling Jaya, Syafig juga menawarkan pelbagai penyelesaian Takaful keluarga juga Takaful Am.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Syafig

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Saya akan mengesyorkan PruBSN Warisan. Ia sesuai untuk seseorang yang ingin membuat pelaburan jangka panjang dan juga mendapatkan perlindungan hayat.

Selain intu, saya juga sangat mengesyorkan produk ini kerana ia menawarkan pelan penyakit kritikal.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Jika saya berpeluang berinteraksi dengan pelanggan atau pelanggan yang berpotensi, selalunya saya akan berusaha untuk memberikan 100% perkhidmatan bertaraf tinggi.

Penarafan: 

Agensi: CP3 Agency

Lokasi: Petaling Jaya, Selangor

Yap memiliki pengalaman selama 13 tahun dalam industri pembinaan. Setelah bertahun-tahun bekerja sebagai pengurus projek dan telah berjaya dalam segala yang dilakukan, akhirnya beliau meneruskan kerjayanya dalam bidang insurans.

Kini sebagai ejen insurans, beliau menganggap kerjayanya sebagai cara untuk membalas jasa baik kepada mereka yang memerlukannya.

“Apabila saya berkenalan dengan seseorang yang tidak mempunyai insurans yang mencukupi, saya akan cuba yakini mereka akan kepentingannya. Jika saya berjaya membantu individu tersebut, sebenarnya secara tidak langsung membantu keluarganya menjamin masa depan mereka juga. “

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama EanMei

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Sebenarnya ia sangat bergantung kepada keperluan pelanggan. Saya tidak akan mengesyorkan sesuatu yang pelanggan tidak perlu.

Dengan pengetahuan insurans saya, biasanya saya akan mendapatkan segala fakta dahulu dan lakukan sesi pengenalan bersama pelanggan saya, seperti insuran polisi yang sudah dimilikinya, latar belakang keluarga, status perkahwinan dan banyak lagi.

Dengan maklumat ini, saya dapat memahami keadaan dan keperluan mereka sekeluarga di mana ia menjadi lebih mudah untuk menawarkan pelan insurans yang bersesuaian.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya hidup berteraskan 2 nilai. Integriti dan sentiasa memberi perkhimatan yang terbaik.

#3. Andy Mervin George (17 ulasan)

Penarafan: 

Agensi: AMG

Lokasi: Shah Alam, Selangor

Andy bekerja sepenuh masa dalam industri insurans di mana beliau menawarkan penyelesaian pengurusan risiko yang berkesan dan praktikal untuk semua lapisan masyarakat.

Pelanggan sangat berpuas hati dengan cara Andy yang cukup teliti dalam menguruskan tuntutan. Mereka menganggap beliau seorang yang boleh dipercayai dan berdedikasi dalam menawarkan produk insurans yang bersesuai mengikut keperluan mereka.

Kini Andy berkhidmat untuk lebih 100 pelanggan yang terdiri daripada rakyat Malaysia, individu asing dan beberapa buah syarikat SME.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama Andy

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Saya amat percaya bahawa setiap individu perlu ada pelan simpanan dan pelaburan. Pada zaman ini masih ada yang hidup tanpa simpanan dan tanpa pelan pelaburan.

Jadi ya, inilah yang saya akan cadangkan.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Untuk mempunyai rakan, seseorang itu mesti menjadi seorang sahabat terlebih dahulu. Saya berpegang kepada prinsip hidup ini.

Penarafan: 

Agensi: JL Management

Lokasi: Kuala Lumpur

Bekerja di Kuala Lumpur, Joe mewakili AIA, AIA Public Takaful, Insurans Berjaya Sompo dan Zurich Insurance Malaysia.

Joe dianggap oleh pelanggannya sebagai seseorang yang bertanggungjawab dan seorang yang mengambil berat terhadap apa jua yang beliau lakukan. Ia sengat ketara dengan cara beliau berurusan dengan pelanggan.

Joe menawarkan pelbagai jenis insurans hayat dan juga pelan insurans am.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama Joe

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Biasanya saya akan menjalankan sesi berkenalan dengan pelanggan. Jika mereka ada pelan insuran yang sedia ada saya dapat menawarkan pelan insuran yang mereka perlukan.

Saya menjual keperluan mereka dan bukan pelan insurans yang saya fikir mereka sepatut miliki.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya tidak cuba untuk menjadi orang lain dan saya tidak terdesak hinggakan perlu hardsell diri sendiri. Sebaliknya, saya berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Kesan pandangan pertama adalah sangat penting. Saya sentiasa berusaha untuk mengenali prospek dan pelanggan saya.

Penarafan: 

Agensi: Dosh Resources

Lokasi: Subang Jaya, Selangor

Sebagai bekas lulusan BioScience Perubatan dari Universiti Monash, beliau memegang beberapa sijil berprestij seperti FLMI, ACS, dan ARA.

Samuel mempunyai pengalaman insurans selama satu dekad sebagai Penaja Jamin dengan AIA, Singapura serta dalam bidang Pengalaman Pelanggan dan akhirnya, beliau meneruskan kerjaya sebagai Perancang Kewangan Berdaftar.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama Samuel

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Saya percaya tiada satu produk insurans yang sesuai semua orang. Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza.

Seorang lelaki muda kemungkinan hanya memerlukan medical card. Dan apabila individu tersebut mempunyai keluarga sendiri, tanggungjawabnya akan bertambah. Dengan situasi terkini dia mungkin memerlukan lebih daripada sekadar medical card.

Oleh itu, ia bergantung kepada keperluan semasa masing-masing.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Dengan latar belakang insurans saya yang kukuh, saya faham bahawa insurans boleh menjadi agak rumit. Terma dan syarat boleh menjadi sangat teknikal dan bukan sesuatu yang senang difahami oleh individu yang tiada pengetahuan insurans.

Jadi, inilah peluang saya untuk mempermudahkan terma dan syarat — termasuk mempermudahkan jargon dan pengetahuan insurans yang telah saya perolehi.

Pastikan ia sentiasa mudah dan senang difahami.

18,100 total views, 4 views today

Spread the love
  • 8
    Shares
  • 8
    Shares