Baru-baru ini kami di sini berbicara dengan 5 orang ejen Insurans dan Takaful yang berdaftar di direktori kami tentang kesilapan pengguna Malaysia mengenai insurans dan Takaful yang sering mereka hadapi. Ini ulasan mereka tentangnya. Harapannya agar kita semua akan mendapat sesuatu pengajaran di sini.

 

Kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna menurut 5 orang ejen insurans dan Takaful:

1. Tidak mengikut prosedur ketika melakukan tuntutan

“Kesilapan besar yang orang ramai lakukan ialah mereka tidak mengikut prosedur dan akhirnya terpaksa membayar untuk bil perubatan dahulu menggunakan duit sendiri. Satu contoh ialah apabila mereka jatuh sakit, mereka terus pergi kepada pakar yang kemudian membuat ujian. Apabila pakar mendapati bahawa tiada yang serius atau tidak menjumpai apa-apa diagnosis yang sah, pelanggan perlu menanggung kos Pesakit Luar yang mana mungkin mencecah min $700 sehingga $1500.” – Sunny Shahros

 

 

2. Menangguh-nangguh pembelian perlindungan

“Banyak kesilapan yang sering dilakukan pelanggan insurans dan Takaful. Kesilapan yang paling ketara ialah mereka sering menangguh pembelian insurans. Ini sangatlah dicegah kerana malang tidak berbau.” – Samuel Raj

Mereka suka berlengah. Kalau kita boleh menentukan masa depan, tak kisahlah berbuat demikian. Tapi hakikatnya kita tak tahu apa yang akan berlaku.” – Yap Ean Mei

 

3. Tidak mendapatkan perkhidmatan bengkel panel

Kesilapan biasa yang sering dilakukan semasa kemalangan ialah pemilik membawa kereta ke bengkel bukan panel untuk dibaiki. Membawa kereta ke bengkel yang bukan panel menimbulkan banyak masalah, menjadikan tempoh untuk dibaiki lebih lama dan sukar. Adalah penting untuk membawa kereta itu ke bengkel panel selepas berlakunya kemalangan.” –  Mior Muhamad Hafiz

“Pastikan hanya hantarkan kereta ke bengkel panel syarikat insurans. Jangan terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang muncul di tempat kemalangan. Hubungi talian bantuan syarikat insurans anda.” – Samuel Raj

 

 

4. Tidak kenal dengan polisi yang telah dibeli

“Ramai yang mempunyai insurans tidak pula tahu apa yang dilindungi oleh polisi mereka. Adakalanya ianya amat mengecewakan.  Mereka ingin menamatkan polisi mereka kerana mereka tidak tahu jumlah perlindungan polisi mereka.” – Yap Ean Mei

“Mereka beli tanpa mengambil tahu apa yang dibeli. Ianya amatlah penting untuk memahami insurans yang dibeli, apa yang dilindungi. Ejen anda perlu jelaskan semua maklumat penting kepada pembeli. Selalunya ianya tidak memadai.” – Fadzil Razab

“Ramai orang tidak tahu apa yang mereka beli. Mereka membeli pelan yang salah. Kebanyakan syarikat tele-pemasaran; mereka yang menjual Takaful/Insurans melalui telefon, menjual Takaful/Insurans yang murah dan tidak sesuai hanya kerana wang. Mereka tidak benar-benar mengambil masa memahami latar belakang pelanggan untuk menawarkan Takaful/Insurans yang terbaik untuk mereka.” – Sunny Shahros

 

5. Tiada kesedaran kepentingan perlindungan insurans dan Takaful

“Kesilapan yang paling besar ialah orang ramai tidak membeli Takaful/Insurans kerana mereka tidak mengendahkannya. Kebanyakan mereka memberi alasan dengan berkata “Saya sibuk, saya tidak ada masa, syarikat saya telah menyediakannya untuk pekerja, biar saya tanya isteri saya” dan sebagainya. Banyak orang berkata mereka tidak mempunyai wang yang cukup. Tetapi golongan sederhana dan berpendapatan rendah adalah golongan yang paling ramai memerlukan Takaful/Insurans. Kerana apa akan terjadi sekiranya anda jatuh sakit, kos perubatan boleh menjadi kos perbelanjaan yang boleh memusnahkan kewangan keluarga. Sepanjang 10 tahun yang lalu, kos perubatan telah meningkat 100% ke 200%. Adalah langkah bijak untuk membayar amaun yang kecil dengan tetap melalui Takaful/Insurans, dengan demikian ia boleh menampung kos perubatan yang besar.– Sunny Shahros

“Rakyat Malaysia apabila dapat gaji setiap bulan, apa prioriti pertama mereka? Nombor satu mereka akan bayar pinjaman rumah, kedua kereta mereka, ketiga belanja makanan, keempat untuk riadah atau untuk keseronokan dan kelima, keenam, ketujuh sehinggakan gaji tinggal kosong. Kemudian mereka akan gunakan kad kredit sehingga gaji sudah jadi negatif. Insurans terletak di nombor 20. Isunya, mengapa tidak beli insurans untuk lindungi nombor 1-7? Ianya prioriti berbanding kemampuan. Rakyat Malaysia mampu, cuma lebih suka berbelanja berlebihan dan guna kad kredit. – Fadzil Razab

 

Adakah anda juga melakukan kesilapan yang telah disebut di atas? Masanya untuk penuhkan dada dengan ilmu mengenai insurans dan Takaful agar kita tidak kerugian kelak! Jika anda ingin dapatkan ejen yang berdedikasi dan boleh dipercayai, cuba direktori iBanding di sini. Atau hubungi ejen-ejen yang telah kami temui di rencana ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

11,396 total views, 2 views today

Spread the love
  • 10
    Shares
  • 10
    Shares