Perlu memperbaharui insurans kereta anda di Malaysia? Anda sedang mencari insurans yang patuh kepada prinsip Syariah? Tertera di sini  3 Takaful Kereta Terbaik di Malaysia.

iBanding adalah web pendidikan insurans dan takaful bebas yang berdedikasi untuk menyampaikan anda informasi yang saksama. Kami membuat kajian dan mengutip review dan rating dari pemilik kereta Malaysia dan membantu anda mendapatkan takaful terbaik untuk kereta anda.

Malaysia kini mempunyai lebih daripada 20 syarikat insurans dan takaful kereta serta motorsikal dan ia bukan mudah untuk menentukan yang mana terbaik. Di Malaysia terdapat 4 syarikat terbesar yang menjual takaful kereta.

  • Etiqa Takaful
  • Syarikat Takaful Malaysia
  • Takaful Ikhlas
  • Zurich Takaful

Setiap tahun kami melancarkan kaji selidik online dengan lebih daripada 10,000 pemilik kereta di Malaysia untuk menentukan syarikat takaful terbaik. Dari 4 syarikat-syarikat di atas, 3 syarikat menerima 5 bintang rating manakala satu lagi 4 bintang rating. Rating ini seiras dengan rating hotel. 5 bintang syarikat terbukti membekalkan tahap perkhidmatan lebit cemerlang dari 4 bintang syarikat.

Di bawah adalah syarikat-syarikat yang menerima 5 bintang pada tahun 2019.

3 Syarikat Takaful Kereta Terbaik Malaysia (susunan terbalik)

3. Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas General Berhad ditempatkan di tempat ketiga dalam Soal Selidik Insurans dan Takaful Motor 2019. Tahun lepas, Takaful Ikhlas berada di tempat kedua dalam kategori Takaful. Dalam kategori konvensional dan takaful, Takaful Ikhlas mendapat tempat kelima dari 22 buah syarikat.

Baru-baru ini, Takaful Ikhlas memperbaharui laman web dan dengan itu, ia sangat mudah untuk mendapat sebut harga secara online. Anda cuma perlu mengisi 5 butiran dan akan mendapatkan sebut harga serta-merta.

Fakta Penting

  • Kedudukan MIA 2019: #3
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pelanggan: 3.7 bintang
  • Tahap Mesra Laman Web: Senang
  • e-Hailing: Tidak
  • Tawaran Istimewa: Diskaun online 10%

2. Syarikat Takaful Malaysia

Syarikat Takaful Malaysia telah menjamin rekod yang cemerlang dalam soal kaji selidik kami tiga tahun berturut-turut. Pada 2016/2017 dan 2017/2018, Takaful Malaysia memperolehi tempat pertama dalam kategori Takaful.  Tahun ini, Takaful Malaysia tertinggal dua mata dari tempat pertama. Walau bagaimanapun, Takaful Malaysia membuktikan bahawa mereka adalah salah satu syarikat takaful kereta terbaik di Malaysia. Laman web Takaful Malaysia sangat mudah bahawa pelanggan tidak mempunyai sebarang masalah membeli takaful kereta online.

Perkhidmatan terbaru Takaful Malaysia adalah bayaran ansuran 6 bulan tanpa faedah. Anda hanya perlukan kad kredit yang sah serta premium tersebut lebih tinggi dari RM500.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #2
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pelanggan: 4 bintang
  • Tahap Mesra Laman Web: Sangat senang
  • Tawaran Istimewa: Diskaun online 10%  + No claims rebate

1. Etiqa Takaful

Etiqa Takaful adalah Syarikat Takaful Kereta Terbaik Malaysia dan pemenang Anugerah Prestij Takaful Motor 2019. Etiqa Takaful memperolehi tahap perkhidmatan pelanggan 5 bintang serta tempat pertama dalam soal kaji selidik kami tahun 2017/2018 dengan Takaful Malaysia. Etiqa Takaful mengikuti prinsip seperti berikut:

1. Nilai Terjanji (Agreed Value) Agreed Value, bukan Nilai Pasaran (Market Value)

Apabila kereta anda dicuri ataupun telah musnah dari kemalangan, anda akan dipampas dengan jumlah penuh yang diinsurankan. Syarikat insurans tidak akan menyoalkan nilai kereta semasa. Tanpa nilai terjanji, kereta anda cuma diinsurankan pada nilai pasaran/semasa.

2. Semua Pemandu Diliputi

Anda tidak perlu menbekalkan senarai nama semua pemandu kereta semasa membeli insurans dengan Etiqa Takaful dan ia adalah percuma.

3. No Excess semasa Kemalangan

Dengan “No Excess”, anda tidak perlu membayar sebahagian kerosakan sendiri apabila anda mengalami kemalangan. Setengah syarikat insurans memerlukan anda membayara sebahagian, ini dikenali sebagai ‘excess’. Dengan Etiqa Takaful, pemandu berumur 21 tahun dan ke atas tidak dikenakan ‘excess’.

Etiqa Takaful merupakan salah satu daripada syarikat insurans yang menawarkan insurans ntuk e-Hailing. Ini amat berfaedah sekiranya anda adalah pemandu Grab atau Uber untuk perlindungan semasa memandu.

Fakta Penting 2019  

  • Kedudukan MIA 2019: #1
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pelanggan: 4 bintang
  • Tahap Mesra Laman Web: Sangat Mudah
  • E-Hailing / Pelindungan untuk Pemandu Grab: Yes
  • Tawaran Istimewa: 10% +  ‘no claim’ bonus

3 Syarikat Takaful Kereta Terbaik Malaysia

  1. Etiqa General Takaful
  2. Syarikat Takaful Malaysia
  3. Takaful Ikhlas

2,263 total views, 29 views today

Spread the love