Konsep Takaful sudah pun wujud sejak lebih 1,400 tahun yang lalu. Kini ianya diamalkan dengan meluas di negara kita semenjak kehadirannya pada tahun 1993. Ramai yang tahu bahawa di Malaysia kita ditawarkan 2 jenis insurans, konvensional dan juga Takaful. Malangnya tanggapan ramai ialah bahawa insurans konvensional dibuka kepada semua pengguna manakala Takaful pula hanya ditawarkan kepada yang berugama Islam.

Jelas sekali ini tidak benar. Tanggapan ini adalah salah satu salah faham utama tentang konsep Takaful di Malaysia. Teruskan membaca untuk memahami 3 salah faham tentang konsep Takaful di kalangan rakyat Malaysia:

 

Berikut adalah 3 salah faham konsep Takaful yang utama:

Salah faham #1: Takaful hanya untuk umat Islam

Kebenaran: Perlindungan Takaful terbuka kepada semua orang, tidak mengira bangsa atau agama. Tiada syarat bagi pemohon untuk berugama Islam.

Walaupun konsep insurans Takaful adalah berlandaskan hokum Syariah, ini tidak bererti ianya hanya untuk umat Islam. Sesiapa sahaja boleh memohon untuk dilindungi olehnya.

Takaful menyedia suatu penyelesaian alternatif kepada perlindungan insurans konvensional. Di mana ia tidak mengandungi unsur-unsur yang dilarang di sisi hukum Syariah, seperti:

  • riba
  • maysir
  • gharar

Takaful mengetengahkan prinsip kerjasama dan saksama. Penegahan ke atas unsur-unsur yang disebut bertujuan untuk memastikan risiko juga keuntungan ditanggung oleh kedua-dua pihak (syarikat takaful dan pemegang polisi). Matlamatnya adalah untuk mengelakkan situasi di mana satu pihak menraih keuntungan manakala yang lain menanggung kerugian.

Sebagai contoh:

  • Pemegang polisi mengalami kemalangan sebulan selepas membeli pelan insurans dan menerima pampasan walaupun hanya membayar premium selama sebulan (dilihat sebagai kerugian terhadap syarikat insurans)
  • Pemegang polisi mendapatkan perlindungan insurans tetapi tidak pernah mengalami sebarang kemalangan walau sekali pun (dilihat sebagai kerugian bagi pemegang polisi)

Konsep perkongsian risiko ini tidak semestinya dikhaskan untuk sesuatu agama sahaja tetapi bagi sesiapa saja mementingkan ciri-ciri murni seperti ini.

 

salah faham konsep Takaful

Perlindungan Takaful ditawarkan kepada semua penguna tidak mengira bangsa atau agama.

 

Salah faham #2: Matlamat perlindungan Takaful berbeza daripada matlamat insurans konvensional

Kebenaran: Walaupun kaedah pengurusan risiko adalah berbeza, matlamat utama insurans konvensional dan Takaful adalah serupa. Iaitu untuk melindungi pemegang polisi jika berlakunya sesuatu musibah yang tidak dijangka.

Di dalam konsep insurans konvensional, premium yang dibayar oleh pemegang polisi akan digunakan oleh syarikat insurans dalam pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Inilah cara syarikat insurans mendapatkan dana untuk membuat pampasan jika berlakunya tuntutan oleh pemegang polisi ke atas kematian, penyakit kritikal.

Konsep Takaful pula berdasarkan sumbangan pemeganga polisi ke dalam sebuah dana dalam bentuk pencaruman penyertaan juga dikenali sebagai tabarru’. Dengan penyertaan ini, pemegang polisi bersetuju untuk membantu satu sama lain jika berlakunya apa-apa musibah ke atas mana-mana peserta.

 

salah faham konsep takaful

 

Salah faham #3: Kedua-dua bentuk insurans ini berbeza dan hanya satu adalah lebih unggul

Kebenaran: Kedua-dua bentuk insurans memiliki ciri-ciri dan peranan masing-masing. Ianya terpulang kepada pengguna untuk memutuskan sama ada Takaful atau insurans konvesional lebih sesuai bagi meereka.

Matlamat utama bagi syarikat- syarikat insurans konvensional adalah untuk memaksimakan keuntungan syarikat. Dengan melaburkan premium yang diterima daripada pelanggan, pelan insurans konvensional dapat menjanjikan tawaran kontraktual pulangan positif kepada pemegang polisi. Akan tetapi, saluran pelaburan mungkin tidak mematuhi hukum syarak.

Dalam sistem Takaful pula, pelanggan tidak dijamin.pulangan yang menguntungkan. Kerana ini akan menyerupai konsep riba yang dilarang. Takaful lebih bersandarkan kepada nilai murni yang menggalakkan perniagaan dijalankan dengan adil dan saksama.

 salah faham konsep takaful

 

Ingin dapatkan pelan Takaful yang sesuai bagi diri anda dan keluarga anda? Dapatkan ejen yang boleh dipercayai di direktori ejen iBanding di sini.

Setelah baca jangan lupa Like kami di Facebook!

 

 

21,787 total views, 17 views today

Spread the love
  • 28
    Shares
  • 28
    Shares